PunchUK councillor convicted over call to ‘melt’ NigeriansDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Clayface turns Batman’s shapeshifting villain into a skin-crawling body horrorThe Jerusalem PostThree killed, three critically injured after car plows into pedestrians in Los AngelesInquirerRomualdez suspended for 90 daysCNN TürkFeci ölüm: Otomobil, park halindeki TIR'ın altına girdiZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالشرقتقرير: ترمب تجاهل تحذيرات استخباراتية بشأن علاقة رئيس إنفيديا بـ"جاسوسة صينية"CNN بالعربيةعراقجي يرد على فرنسا بعد رصد هجوم إلكتروني "غير مسبوق" واتهام طهران بالوقوف خلفهCBS SportsCollege Football Playoff Rankings: Georgia moves to No. 1 as Alabama, UCLA join top four in second releaseХабрCPU простаивает, а Linux показывает 80% давления. Как я нашёл причину в одном контейнере경향신문젠슨 황 재산 200조원…“이혼 시 절반 분할 가능성도”Screen Rant10 Marvel Mutants Whose Powers Are Actually Horrific Nightmares To Live With
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 11, 2026

Prestasi Amanah tak dapat sokong keyakinan Mat Sabu di Melaka, kata penganalisis

Translate

Seorang penganalisis politik menyifatkan keyakinan Presiden Amanah, Mohamad Sabu terhadap kemampuan partinya memenangi tujuh kerusi pada PRN Melaka Sabtu ini sekadar angan-angan kerana rekod pilihan raya Amanah tidak menyokong keyakinan itu.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting mempersoalkan sama ada Mohamad sedang “meneliti maklumat risikan pilihan raya atau sekadar melayan imiganasi politik”.

Beliau mendapati Amanah hanya memenangi satu daripada sembilan kerusi ditandinginya di Melaka pada 2021 serta satu daripada 16 kerusi ditandinginya pada PRN Johor 2022.

Pada PRU15, Amanah memenangi lapan daripada 54 kerusi Parlimen ditandinginya berbanding 11 daripada 27 kerusi pada PRU 2018. Dalam enam PRN pada 2023 pula, ia hanya memenangi lapan daripada 31 kerusi DUN ditandinginya.

“Bagaimanapun, keputusan pilihan raya terkini tidak begitu memberangsangkan. Pada PRN Johor 2026, Amanah hanya memenangi satu daripada 19 kerusi ditandingi, diikuti kekalahan di semua sembilan kerusi ditandinginya di Negeri Sembilan.

“Ini bukan tuduhan pihak pembangkang. Ini keputusan pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Awal bulan ini, Mohamad dilaporkan berkata, keyakinannya terhadap peluang Amanah berdasarkan sokongan pengundi muda kepada Pakatan Harapan (PH), selain keputusan gabungan itu meletakkan lebih ramai calon muda pada PRN Melaka.

Zaharuddin berkata, Naib Presiden Amanah, Adly Zahari kekal calon paling berpotensi parti itu di Bukit Katil susulan pengalamannya sebagai bekas ketua menteri.

Tetapi, katanya, Adly “terselamat” dalam PRN 2021 dengan majoriti 1,057 undi dan memenangi kerusi Parlimen Alor Gajah dengan kelebihan 890 undi pada PRU15.

“Jika pemimpin Amanah paling dikenali pun tidak mempunyai kelebihan besar dari segi sokongan pengundi, bagaimana presidennya begitu yakin untuk menjamin kemenangan enam kerusi tambahan?” soalnya.

Syaza Shukri

Syaza Shukri.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut meragui peluang kemenangan Adly, sambil merujuk kekalahan Loke Siew Fook daripada DAP dan Aminuddin Harun daripada PKR di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sokongan pengundi telah berubah sehingga pemimpin popular berdepan risiko kekalahan, khasnya di kawasan menyaksikan kerjasama kukuh antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak fikir pengundi yakin dengan Amanah. Saya masih dengar rungutan sama, iaitu pengundi tidak pasti dengan hala tuju Amanah, khasnya dalam isu politik Melayu,” katanya kepada FMT.

Lau Zhe Wei.

Seorang lagi penganalisis dari UIAM, Lau Zhe Wei, turut mengaitkan peluang tipis Amanah di Melaka dengan naratif penyatuan Melayu dibawakan BN-PN, yang menurutnya telah mengubah landskap politik secara drastik sehingga menjejaskan PH secara keseluruhan.

“PKR dan DAP juga terkesan dengan kerjasama BN-PN. Bukannya Amanah lemah – ia memang tidak kuat sejak awal lagi,” katanya kepada FMT.

Selagi BN dan PN bekerjasama, Lau berkata, “peluang PH sangat tipis atau tiada peluang langsung untuk menang”, bahkan dalam PRU16, Amanah pula gagal menyaingi pendekatan Islam konservatif dibawakan PAS dengan mengetengahkan pendekatan politik progresifnya, walaupun Amanah sebenarnya serpihan PAS.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.