PunchBritish tennis star receives death threats after defeatThe Jerusalem Post'Turn that inshallah into alhamdulillah': Democrat El-Sayed wins Michigan US Senate raceDaily MaverickUS MIDTERMS: Democrats capture Congress in sweeping setback for TrumpInquirerJunk shop workers find suspected explosive in Sultan KudaratSky TG24Attacco hacker ai supermercati in Europa, quali Paesi sono stati colpiti e come è successoBollywood Hungama‘Baby Doll’ singer Kanika Kapoor announces separation from husband Gautam HathiramaniInquirer EntertainmentAhn Bo-hyun falls in love with a royal in new period drama ‘Sacred Jewel’CNN TürkNASA astronotları ABD ara seçimleri için uzayda oy kullandıZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioAntara NewsMinister orders impact assessment of Mount Semeru's volcanic mudflows01netQuand Starlink se prend pour Hadopi : cet abonné a reçu un avertissement pour avoir téléchargé une série sur un site pirateObservador DesportoQuatro casos de tuberculose em Câmara de Lobos na Madeira
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

Umno juga ‘dajal kecil’, Puad soal Hadi

Translate

Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada Umno turut dianggap ‘dajal kecil’ susulan Presiden PAS Hadi Awang menyifatkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dan tujuh Ahli Parlimen pembangkang dengan istilah itu.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata kenyataan Hadi seolah-olah menggambarkan CSA sebagai sesuatu yang haram, sedangkan Umno merupakan antara parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Menurut Hadi ia adalah dajal kecil yang menjadi tentera kepada dajal besar. Apakah itu bermakna Umno juga adalah dajal kecil kerana Umno anggota kerajaan perpaduan,” katanya di Facebook.

Sehubungan itu, Puad menggesa Majlis Ulama Umno tampil menyatakan pendirian, selain mempersoalkan sikap berdiam diri beberapa tokoh agama parti itu termasuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Khairuddin Aman Razali.

“Takut nanti masuk dalam kategori ‘syaitan bisu’ yang Hadi pernah ungkapkan,” katanya sambil mempersoalkan sama ada tindakan menggunakan agama untuk kepentingan politik sebenarnya lebih menyerupai perbuatan dikritik Hadi.

Semalam, Hadi mengumpamakan CSA yang ditandatangani antara kerajaan dan tujuh Ahli Parlimen pembangkang sebagai penipuan dajal atau “pembohong paling besar”, yang kemunculannya dianggap dalam Islam sebagai antara tanda besar semakin hampirnya Hari Kiamat.

Hadi mendakwa CSA merupakan pendekatan dajal pada akhir zaman kerana kuasa tidak lagi dianggap sebagai amanah yang wajib ditunaikan kepada semua, sebaliknya digunakan untuk memaksa pihak tertentu bagi memastikan kerajaan terus berkuasa.

Katanya, mana-mana parti yang membentuk kerajaan wajib menunaikan amanah kepada rakyat secara langsung tanpa perlu membuat aku janji terlebih dahulu.

CSA ditandatangani Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan lima Ahli Parlimen Bersatu lain, serta Ahli Parlimen Muar daripada Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberikan tujuh wakil rakyat itu akses peruntukan pembangunan kawasan Parlimen, yang telah diterima oleh Ahli Parlimen kerajaan sepanjang empat tahun lalu.

Ia turut merangka dua reformasi utama yang mesti dilaksanakan Putrajaya sebagai balasan kepada sokongan mereka – meletakkan had tempoh jawatan perdana menteri dan memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya sebelum tamat penggal Parlimen.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.