Daily MaverickAnalysis: Mteto Nyati retained in Eskom board chair seat as tariff debate heats upThe Jerusalem PostIsraeli projects for disabled children place first, second in Helen Hamlyn Center Fixperts awardsCNN TürkKütüphane, kafe, deneme kulübü… MEB harekete geçti: KapatılacakPunchWhy Edo-Kogi boundary dispute remains unresolved — Commission bossInquirerTyphoon Queenie may exit PAR Sunday – PagasaBollywood HungamaRamayana makers drop new poster featuring Ranbir Kapoor, Sai Pallavi and Ravie Dubey after a special event with MrBeast한겨레‘MB 기운’ 얻었다는 나경원 “보수정권 성과 숟가락 올리기 여념 없다”UOLVeja a previsão do tempo para Ivaiporã neste domingo (27)SözcüYENİ Parti milletvekili Mustafa Erdem hakkında soruşturmaBBC عربياحتجاز أشخاص وإجلاء سكان بعد إعلان حالة طوارئ قرب قاعدة بريطانية - أمريكيةDaily MailBurnham faces Labour conference civil war: Rayner stands by 'drive-by shooting' on immigration plans, Left accuses PM of 'ghosting' - and Chancellor admits he might need to find billions for fuel bailoutStraits Times SportDouble whammy for McLaren’s Lando Norris after Spanish and Azerbaijan GP woes
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

KPN sahkan bekas exco N Sembilan akan dipanggil rekod keterangan

Translate

Polis akan memanggil bekas exco Negeri Sembilan mulai esok dan lusa untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan ekoran kemelut pentadbiran dan institusi diraja Negeri Sembilan susulan beberapa laporan polis yang dibuat berhubung isu berkenaan.

Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata selain bekas exco, pihaknya turut akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi dan individu lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan kes.

“Memang banyak laporan polis telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu (berhubung perkara itu), kita akan menjalankan siasatan dan mengambil keterangan daripada mereka yang berkaitan, termasuk bekas exco dan mereka yang terlibat.

“Setakat ini polis telah memanggil beberapa individu untuk dirakam percakapan, termasuk seorang atau dua individu yang berkemungkinan menjadi saksi dalam kes berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Peluncuran Projek Whitening the Blackspot Kontinjen Polis Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, di sini. Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Noor Hisam Nordin serta Ketua Polis Pulau Pinang Dennis Lim Kwang Keng.

Mengulas lanjut, Khalid berkata pihaknya juga akan melengkapkan kertas siasatan dan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

Ditanya mengenai peruntukan undang-undang yang digunakan dalam siasatan itu, beliau berkata polis masih meneliti secara menyeluruh kesemua laporan yang diterima, dan tidak menolak kemungkinan terdapat kes yang melibatkan Akta Hasutan atau peruntukan undang-undang lain.

“Polis menyiasat (tetapi) yang membuat keputusan sama ada hendak mendakwa dan sebagainya ialah peguam negara, mungkin dalam beberapa (kes) ada berkaitan dengan Akta Hasutan, mungkin ada pelanggaran lain dan memerlukan penelitian daripada semua pihak, terutama sekali pihak Jabatan Peguam Negara AG Chambers,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata situasi keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Sembilan ketika ini berada dalam keadaan baik dan terkawal, serta masyarakat negeri itu dilihat memahami perkembangan semasa serta memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa.

” … kita cuba mengekalkan suasana itu dengan sempurna demi keselamatan masyarakat dan juga rakyat di Negeri Sembilan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.