Bollywood HungamaHanuman Ansh producer reveals film's EXACT budget for the FIRST time; also reveals that Haldiram invested Rs. 1.25 cr in the SLEEPER blockbusterThe Jerusalem PostIDF kills three Hamas terrorists, including commander, during latests Gaza strikesPunchOgun Ohanaeze Ndi Igbo endorses Tinubu, Yayi for 2027 electionsCNN TürkEge’de NAVTEX Savaşı! Türkiye ve Yunanistan arasında neler oluyor?RTP DesportoSporting de Braga e Gil Vicente acertam calendário na I Liga de futebol한겨레Young Korean parents get 1.5 fewer hours of leisure a day than unmarried peers, survey findsEgypt IndependentHow can Egypt intervene to support Saudi Arabia? An expert explainsDaily MaverickAll clear given after bomb threat diverts Austrian Airlines flight from Israel to Bulgaria20 MinutenKylie Jenner stolziert mit 4400 Diamanten über den LaufstegUOLHomem detido por panelaço em Maceió questiona PM: 'Por que só o porteiro?'South China Morning PostChina’s export boom creates a difficult bargain for Southeast AsiaVariety‘Barry Loser’ Animated Series, Based on Bestselling U.K. Children’s Books, Finds Italian Partners Ahead of Rome’s MIA Market (EXCLUSIVE)
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

Tiada kelewatan bayaran dalam projek Lebuhraya Pan Borneo, kata Ahmad Maslan

Translate

Tiada kelewatan pembayaran kepada kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo yang menjejaskan kemajuan pembinaan laluan berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berkata pembayaran untuk Fasa 1A dan Fasa 1B projek itu dilaksanakan selaras dengan kemajuan fizikal di tapak, malah kadar bagi kedua-duanya adalah sama atau melebihi jadual sebenar.

Beliau berkata bagi Fasa 1A yang melibatkan 15 pakej kerja, kemajuan fizikal sebenar ialah 89.54% berbanding 96.23% mengikut jadual manakala pembayaran kewangan mencapai 88.78%.

“Bagi Fasa 1B yang baru bermula, kemajuan fizikal mengikut jadual ialah 24.76% manakala kemajuan sebenar 25.53%.

“Dari segi kewangan, jadual pembayaran ialah 20.73% tetapi kami sudah membayar 22.11%. Jadi, tidak ada isu dari segi pembayaran,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Ahmad menjawab soalan tambahan Wetrom Bahanda (KDM-Kota Marudu) mengenai kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo yang didakwa berpunca daripada kegagalan membayar kontraktor mengikut kemajuan kerja sebenar serta pelantikan kontraktor yang tidak mempunyai kepakaran.

Pada masa sama, beliau tidak menafikan wujud isu melibatkan prestasi kontraktor yang perlu diatasi bagi memastikan projek itu berjalan lancar serta mengikut jadual.

Sehubungan dengan itu, Ahmad berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) memperketat pemantauan menerusi mesyuarat bulanan bagi meneliti perkembangan projek serta mengatasi isu yang timbul.

“Sebelum ini, kami tidak pernah mengadakan mesyuarat sedemikian rupa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha KKR juga berada di Sabah setiap bulan untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata beberapa langkah mitigasi telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo dapat disiapkan mengikut jadual.

Beliau berkata antara langkah mitigasi itu adalah mempergiat pemantauan menerusi penubuhan dan pengukuhan Jawatankuasa Pemandu atau Pasukan Petugas Khas bagi menilai prestasi kontraktor, mengenal pasti punca kelewatan serta merangka penyelesaian terhadap isu berbangkit.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.