Bollywood HungamaHurun Rich List 2025: Shah Rukh Khan’s Rs. 12,490 crore wealth surpasses the combined wealth of Juhi Chawla, Hrithik Roshan & Karan JoharThe Jerusalem PostTrump's White House press pool ban barring CNN, Politico, MS NOW lifted by federal judgeCNN TürkYatırımcı fonu bozup mevduata koştuESPNMen's divisional rankings: 'Pitbull' Cruz beats Bravo to enter junior welterweight top 5PunchArgentine president slams UN as ‘useless’ over Falklands disputeInquirerCyclone east of N. Luzon expected to enter PAR Thursday morningESPN DeportesJavier Aguirre y sus cinco mejores momentos en España한겨레‘가짜뉴스’ 핑계로 CNN 쫓아낸 트럼프…법원 “출입 허용하라”UOLVeja sete efeitos estranhos do café no seu corpo, como alterar digestão, absorção de ferro e de remédiosSky TG24L'infernale Quinlan di Orson Welles torna al cinema restaurato in 4Kسكاي نيوز عربيةالأصالة والمعاصرة.. من "الجرار" إلى صدارة انتخابات المغربn-tv"Noch nicht marktfähig": Reiches Fachleute zweifeln offenbar an Mini-AKW
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

Ekuiti 30% Bumiputera: Puteri Umno gesa Srikandi PKR jangan alih isu

Translate

Puteri Umno Pulau Pinang menggesa Ketua Srikandi PKR, Nurhidayah Che Rose tidak mengalih isu mengenai perubahan syarat ekuiti 30% Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta dengan mengaitkannya dengan pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketuanya, Ameera Nadia Mohd Shafiee, berkata Nurhidayah perlu menjawab persoalan sebenar berhubung perubahan syarat itu, termasuk mengapa Kementerian Pendidikan (KPM) mengaitkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dalam perkara tersebut.

“Rujukan kepada pentadbiran terdahulu pada 2009 dan 2012 tidak menjawab persoalan utama yang dibangkitkan ketua penerangan Puteri Umno.

“Jika penyelarasan ini sekadar pelaksanaan dasar 2012, mengapa ia diumumkan sebagai penyelarasan terbaharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjawab, kenyataan Nurhidayah semalam yang menggesa Ketua Penerangan Puteri Umno Nooryana Najwa Najib merujuk keputusan kerajaan terdahulu pimpinan bapanya sebelum mempertikaikan perubahan syarat ekuiti 30% Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta.

Nurhidayah berkata pada April 2009, ketika Najib menjadi perdana menteri, kerajaan mengumumkan liberalisasi 27 subsektor perkhidmatan tanpa syarat ekuiti, sebelum liberalisasi diperluas kepada beberapa subsektor pendidikan tiga tahun kemudian.

Dalam pada itu, Ameera berkata Srikandi PKR juga tidak sepatutnya mengaitkan nama Najib sebagai perisai setiap kali timbul persoalan mengenai keputusan kementerian ketika ini.

Beliau turut menggesa kerajaan menjelaskan sama ada Miti benar-benar terlibat dalam perbincangan itu dan sama ada Kementerian Ekonomi dirujuk serta pihak yang membuat dan meluluskan keputusan tersebut.

“Jangan alihkan isu kepada tahun 2009 dan 2012. Jawab dahulu apa yang berlaku pada 2026.

“Rakyat berhak mengetahui siapa yang membuat keputusan, siapa yang dirujuk dan asas penyelarasan tersebut,” katanya.

Kelmarin, Nooryana dilaporkan berkata KPM perlu segera memperbetul rekod dan menjelaskan mengapa Miti dikaitkan dengan penyelarasan syarat pegangan 30% ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta.

Nooryana berkata perkara itu menjadi persoalan selepas Miti menegaskan kementerian itu tidak terlibat dalam penentuan dasar berkenaan.

Miti kelmarin pula berkata pihaknya tidak mempunyai makluman mengenai keputusan KPM memansuhkan syarat itu, sambil menjelaskan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Ekonomi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.