ESPN DeportesBarça: "Julián Álvarez es el pasado", dice DecoPunchItori plant drives Dangote Cement’s export expansionESPNFollow live: Penix finds Hooper for TD as Falcons extend lead over PackersThe Jerusalem PostPezeshkian says he met with Khamenei face to face, supreme leader healthy, giving direction한겨레‘억대 수익’ 탈세 유튜버 17명, 지난해 239억 추징당했다InquirerFrom Araneta to Baguio: Blessed Fulton Sheen’s ties to PHUOLParticipante do 1º pleito com voto feminino no Brasil, eleitora de 100 anos tende a votar em LulaSözcüAllah’a emanet yaşıyoruzG1Veja o que fizeram os candidatos ao governo do AM nesta quinta-feira (24)ABC News (Australia)Thousands of Queensland child safety workers to walk off the jobSportstarAsian Games 2026 Live Updates, Day 7: India confirms mixed doubles medals in table tennis and squash; Suruchi-Kamaljeet qualify for 10m air pistol mixed team final; badminton scoresLa NaciónTrabajaba con su tractor, detectó algo que brillaba en la tierra y lo que encontró le cambió la vida para siempre
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 25, 2026

Taktik guna masalah untuk dapat sokongan?

Translate

Mohsin Abdullah

Nama rasminya ialah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau JPPM. Namun apabila bercakap (walaupun dalam Bahasa Melayu ) mengenainya ramai yang guna singkatan ‘RoS’, akronim untuk Registrar of Societies.

Maka akronim itulah juga saya guna untuk penulisan ini kerana orang lebih kenal RoS berbanding JPPM.

With that out of the way saya mula dengan menyatakan bahawa Perikatan Nasional atau PN ada 30 hari untuk mengutus surat bagi menyakinkan RoS mengapa pendaftarannya tidak harus dibatalkan.

Buat masa ini PN ‘hanya’ digantung .

Pun begitu diakui PN menghadapi masalah besar. Namun pada hemat saya ia pantas menggunakan masalah itu untuk menagih simpati khalayak dengan harapan meraih sokongan.

Sebaik sahaja menerima pemberitahuan RoS, PN terus play victim. Yakni meletak dirinya sebagai “pihak yang ditindas dan dianiayai”. Lihat reaksi awal Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.

“PN tidak tolak kemungkinan tindakan terhadap PN adalah natijah agenda berniat jahat dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN.”

Dan Takiyuddin juga menarik perhatian umum bahawa tindakan RoS itu dibuat pada hari pembubaran DUN Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Sasaran kata-kata itu menurut saya ialah ahli parti komponen dan penyokong supaya mereka bersimpati kepada PN dan marah kepada kerajaan yang ‘berniat jahat’ dalam usaha menggagalkan PN pada pilihan raya Melaka sebagai strategi jangka pendek dan PRU16 strategi masa panjang.

Sasaran kedua ialah orang ramai – di luar PN dan golongan ‘neutral’ – semoga tercetus kemarahan pada kalangan mereka sekali gus menyokong PN (kerana konon telah dianiayai) dan ‘membalas penganiayaan’ yang kononya telah dilakukan.

Tetapi apa yang tidak dihebahkan ialah apa yang mengakibatkan RoS bertindak. Yakni ia berikutan aduan Bersatu berhubung beberapa tindakan PN (yang ia dakwa tidak ikut peraturan) ke atasnya selaku komponen gabungan.

Imbas kembali Jun lalu PAS (parti paling kuat dalam PN) bertindak menghentikan kerjasama politiknya dengan Bersatu. Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Pejuang dibawa masuk sebagai komponen baharu PN .

PN juga membentuk electoral pact dengan BN pada PRN Negeri Sembilan Ogos lalu, langkah yang Bersatu dakwa dibuat secara sepihak. Reaksi Bersatu ialah bertanding secara solo di 24 kerusi tetapi kalah semua.

Lantas Presiden PAS Hadi Awang mendakwa dengan itu Bersatu secara automatik terhenti daripada menjadi komponen PN.

Berbalik kata-kata Takiyuddin tadi bahawa tindakan RoS terhadap PN mungkin kerana ‘tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN’.

Tentulah pihak ‘dari dalam’ yang beliau maksudkan ialah Bersatu kerana memang parti itu yang buat aduan kepada RoS seperti tadi.

Yang menarik ialah dengan menggunakan istilah ‘dari dalam’ Takiyuddin boleh dilihat tetap mengiktiraf Bersatu sebagai komponen PN? Meskipun Hadi sudah berkata Bersatu terhenti menjadi kompoen PN secara automatik.

Seperkara lagi yang perlu diketengahkan. Menurut Takiyuddin dengan tindakan RoS, PN mengambil keputusan mengenakan ‘gag order’. Ertinya sesiapa pun tidak boleh buat apa juga kenyataan bagi pihak PN berkaitan isu RoS. Yang dibenarkan hanya beliau dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar .

Tetapi Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari took to Facebook untuk bidas ‘pihak yang ada kuasa’. Kata beliau: “Kamu ada kuasa buatlah apa sahaja, segala agensi kerajaan kamu gunakan untuk menindas lawan. Tapi ingatlah akan tiba masa kamu pula berada di bawah nanti.”

Setuju atau tidak itu soal lain. Yang ingin saya tahu sama ada ketua penerangan PAS dikecualikan daripada gag order yang diumum Takiyuddin? Bukankah hanya Takiyudidn dan Samsuri dibolehkan keluarkan kenyataan?

Untuk berlaku adil perlu ditegaskan RoS sudah memberitahu tindakan mereka diambil beikutan aduan Bersatu. Dan dibuat berdasarkan pelbagai peruntukan perundangan yang diperincikan kepada PN.

Mungkin oleh kerana elemen ‘penggantungan’ dikaburi, RoS terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan menjelaskan tindakan terhadap PN hanya ‘penggantungan’ bukan ‘pembatalan’ pendaftaran.

RoS menegaskan notis kepada PN yang diberi bertujuan meminta gabungan itu memberi penjelasan berhubung aduan yang dilaporkan Bersatu. Kesimpulannya PN give lah your side of the story .

Difahamkan aduan rasmi Bersatu membabitkan dakwaan salah laku pengurusan PN yang dipimpin PAS. Katanya, ada lapan dakwaan salah laku utama.

Takiyuddin telah dipanggil oleh RoS untuk beri keterangan. Ini sebelum notis penggantungan dikeluarkan. Juga sudah dipanggil Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali.

Dalam pada itu, Wawasan, komponen terbaharu dalam PN mengeluarkan kenyataan menuduh ada tangan tangan ghaib dibelakang tindakan RoS.

Saya cuma bertanya – Wawasan tidak diberitahu ke akan gag order PN ? Not in the loop ke? Maklumlah junior komponen.

Wawasan kita tahu asalnya Bersatu. Timbul naib presidennya Ahmad Faizal Azumu atau Peja meluahkan menerusi Facebook rasa kecewanya, marah, malu dan dikhianati .

Saya bukanlah a big fan of Peja. Tetapi kali ini dapati menarik luahan hati dan sindirannya walaupun tanpa menamakan sesiapa .

“Ketika pemimpin itu di atas, kamu tunduk, kamu hormat, kamu berkongsi segala nikmat, merasa bagaimana berkuasa.

“Ketika pemimpin itu di bawah, kamu pula mendongak , kamu bongkak dan khianat kepada tutur janji.

“Namun kamu masih berlagak seumpama kamu maksum, tidak berdosa dan tidak akan sesekali melakukan dosa.”

Siapa yang merasa tentulah terasa. Bak peribahasa Melayu pasal orang yang makan cili.

Membawa saya kepada catatan Facebook Yusri Ibrahim, ketua penyelidik Ilham Centre. Perlu dinyatakan catatan ini dibuat beberapa hari sebelum tindakan RoS ke atas PN.

Kata Yusri: “Jika tindakan (RoS) sampai peringkat menggantung atau membatal pendaftaran, parti parti dalam PN akan hadapi masalah besar untuk hadap PRU16.

Jenama PN itu sendiri kuat , momentum yang sama tidak akan diperolehi oleh parti parti komponen jika guna logo masing masing dalam pilihan raya.”

Disini saya mencelah. Mungkin PAS boleh membangga sebab logo bulan putih berlatar belakang hijau dikenali ramai. But the same cannot be said about the logos of Wawasan and Pejuang. Logo Gerakan orang kenal tetapi ramai tak ambil pot.

Kembali kepada Yusri: “Jika ini (masing-masing guna logo sendiri ) berlaku cita-cita PN untuk meluaskan wilayah kemenangan dalam PRU16 nanti akan terbantut dan tergendala.” Memang ada benar kata beliau.

PN (baca PAS) tahu itu semua. Itu sebab ia guna taktik jadikan masalah untuk raih simpati timbulkan kemarahan untuk cari untung. Disamping macam-macam tindakan undang-undang.

Ini sekadar pendapat saya. Setuju atau tidak terpulang.

Nak percaya sama ada taktik itu berjaya atau tidak? Ini pun terpulang.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.