ESPN DeportesBetts abre juego con jonrón ante San Franciscoוואלהגבר כבן 30 נפצע קשה באירוע אלימות בבת יםThe Jerusalem PostEngolement: Once you find your inner golem, life in the shtetl will never be the same - reviewInquirer2 ex-drug convicts, pal allegedly yield P592,000 worth of shabu in LucenaInquirer EntertainmentJopay Paguia brings up 2025 remark dismissing ‘rivalry’ with Rochelle Pangilinan中国新闻网共享3.0机遇,中国开放红利持续释放SportstarWhat is the new suit Keely Hodgkinson wore while winning Athlos 800m?Wirtualna PolskaDziało się w nocy. Drony nad lotniskiem, wstrzymano loty w LuksemburguNew Straits TimesContractor loses nearly RM150,000 in bogus cryptocurrency investment scamGlobal NewsB.C. family rescues exhausted baby bear swimming in Okanagan Lakeالنهارترتيبات أمنية لساحل ليبيا الغربي... من يملك قرار التنفيذ؟Lenta.ruАрабский военкор рассказал об изменении уровня жизни в Донбассе
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 19, 2026

Umno mahu pastikan kerajaan negeri, istana sehaluan dalam krisis Negeri Sembilan

Translate

Sokongan Umno terhadap proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai pemerintah Negeri Sembilan mungkin sebahagian daripada strategi lebih besar kepimpinan pusat parti itu untuk memastikan kerajaan negeri lebih sehaluan dengan istana, kata seorang penganalisis politik.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata beliau percaya rancangan itu mungkin sudah ada sebelum PRN Negeri Sembilan, dengan Umno bersedia menyokong proklamasi berkenaan selepas mengambil alih pentadbiran negeri.

Katanya, pelantikan Ismail Lasim sebagai menteri besar yang tidak dijangka mungkin menjelaskan mengapa pendirian awalnya kelihatan bercanggah dengan keputusan yang kemudian dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Pada pandangan saya, Ismail kini sudah memahami apa yang dikehendaki kepimpinan nasional parti. Percanggahan pada peringkat awal lebih berkaitan dengan faktor individu,” katanya kepada FMT.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

Syaza berkata Umno berkemungkinan mempertahankan pendiriannya dengan mendakwa ia bertujuan melindungi institusi diraja, berdasarkan anggapan bahawa proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz sudah dikeluarkan secara sah.

Katanya, pendekatan itu membolehkan Umno terus menampilkan dirinya sebagai parti yang mempertahankan institusi beraja walaupun terdapat kontroversi berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz.

“Sebagai pihak yang dianggap mempertahankan institusi diraja, mereka tidak boleh dilihat berada di pihak yang bertentangan,” katanya.

Syaza berkata Umno juga mempunyai kepentingan politik untuk memastikan kerajaan negeri dan istana berada pada haluan sama, khususnya ketika parti itu mahu menonjolkan imej kekuatan dan kestabilan.

“Jika kerajaan negeri dilihat dilemahkan oleh istana, orang ramai mungkin mempersoalkan kestabilan di Negeri Sembilan, dan itu bercanggah dengan kempen mereka yang menekankan kestabilan,” katanya sambil mengambil kira kemungkinan wujud ketegangan antara Tuanku Muhriz dan Umno.

Menurut Syaza, hubungan lebih sehaluan dengan istana boleh mengukuhkan pentadbiran Ismail sekiranya proklamasi itu akhirnya disahkan.

Bagaimanapun, katanya, episod itu juga boleh menimbulkan persepsi bahawa menteri besar mudah terdedah kepada tekanan.

Beliau berkata pertikaian lebih luas itu kini semakin mempunyai dimensi politik, dengan kem-kem berbeza memberikan tafsiran masing-masing mengenai maksud sebenar “mempertahankan institusi diraja”.

Syaza berkata pada akhirnya, mahkamah perlu menyelesaikan pertikaian perlembagaan itu susulan wujud tuntutan politik yang bercanggah mengenai soal kesahihan dan legitimasi.

Minggu lalu, empat individu yang mendakwa mereka adalah undang negeri mengemukakan satu proklamasi bertarikh 3 Ogos yang mempunyai tandatangan Ismail, yang menurut mereka mengesahkan secara rasmi penurunan takhta Tuanku Muhriz.

Pada 9 Sept, Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani proklamasi itu dan menyifatkannya sebagai tidak sah, tidak berperlembagaan serta tidak boleh dikuatkuasakan.

Sehari kemudian, beliau bertemu Presiden Umno Zahid Hamidi serta tiga naib presiden parti itu, Johari Ghani, Wan Rosdy Wan Ismail dan Khaled Nordin, selepas Zahid meminta penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Pada 17 Sept, Ismail mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara sebulat suara menerima proklamasi itu dua hari sebelumnya dan mengarahkan setiausaha kerajaan negeri meneruskan proses pewartaan.

Bagaimanapun, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kemudian memaklumkan proklamasi itu tidak akan diwartakan selepas menerima pandangan Jabatan Peguam Negara bahawa ia tidak mematuhi Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.