ESPN DeportesAtlante inició mejor, pero Pumas toma la ventajaESPN🎤 Steve Lacy delights crowd with viral 'LeBron, LeBron, LeBron' cover of 'Oh Yeah?'Inquirer3 nabbed, P112,000 worth of ‘shabu’ seized in Laoag buy-bustZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCollider‘Crystal Lake’ Officially Rewrites ‘Friday the 13th’s Most Iconic Sceneالنهارفرنسا تستعد لمظاهرات حاشدة وماكرون يدعو إلى الهدوء... ماذا نعرف؟Rolling StoneHarry Styles Performs New Song Written for Liam Payne at MSGThe Sydney Morning HeraldAustralia v Scotland: Women's International Rugby HighlightsANSATrump ferma sanzioni e dazi sull'export della RussiaMyJoyOnlineEkua Amoakoh explains how Bawumia’s briefing drew her closer to NPP before 2024 electionsNew Straits TimesInjured Jordie Barrett out of second Bledisloe Cup TestEl TiempoAtaque sicarial contra comerciante en la vía Piedecuesta-Floridablanca, Santander, provocó el choque e incendio de un vehículo que dejó seis heridos
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Jangan jadi Adun, Ahli Parlimen serentak, kata speaker Sarawak

Translate

Adun tidak sepatutnya turut memegang peranan Ahli Parlimen pada masa sama, kata Speaker DUN Sarawak Asfia Awang Nassar hari ini susulan pertikaman lidah berhubung penggantungan Ketua Pembangkang Chong Chieng Jen.

Pertikaian itu tercetus selepas Adun DAP mewakili Pending, Violet Yong, menyifatkan tindakan Asfia mendakwa Chong sengaja memilih untuk tidak menghadiri persidangan sebagai tidak adil.

Beliau berkata, Asfia ‘sangat faham’ Chong, yang juga Ahli Parlimen Stampin, berada di Dewan Rakyat atas urusan Parlimen, namun Asfia tetap membenarkan usul terhadapnya di DUN diteruskan.

Yong kemudian mendakwa Asfia menafikan hak Chong untuk membela diri, menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan kerana bertentangan dengan prinsip keadilan asasi.

Membalas dakwaan itu, Asfia berkata, Yong dan Chong, yang juga Adun Padungan, ada menemuinya bagi memohon pengecualian dan beliau telah pun bersetuju.

“Namun mengikut prosedur, permohonan mestilah dibuat secara bertulis melalui setiausaha,” kata Asfia dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook DAP Sarawak hari ini.

Bagaimanapun, Asfia berkata, Chong telah menyerangnya di Facebook berhubung hansard, hantaran yang memberikan gambaran seolah-olah Chong berada di Sarawak.

Yong sebaliknya menegaskan, walaupun Chong bertindak sedemikian, ia tetap tidak memberi hak kepada speaker untuk mengatakan beliau ‘memilih untuk tidak hadir’.

“Jangan cakap begitu. Anda boleh kata ‘saya tidak tahu mengapa beliau tidak hadir hari ini’, tetapi jangan kata beliau memilih untuk tidak hadir.

“Jadi Tuan Speaker, bersikaplah lebih sopan. Tolong berlaku adil kepada pembangkang dan jangan terlalu berat sebelah dalam keputusan mahupun hujah anda.

“Saya tahu anda cuba ambil hati GPS,” katanya, merujuk gabungan pemerintah negeri, Gabungan Parti Sarawak.

Sebagai respons, Asfia membidas: “Jangan jadi Ahli Parlimen dan Adun pada masa sama jika tiada masa.”

Chong yang juga ketua DAP Sarawak digantung daripada DUN semalam bagi baki sesi persidangan kali ini selepas satu usul diluluskan mendakwa beliau mengelirukan dewan berhubung dokumen belanjawan Sarawak 2027 serta bertindak tidak wajar semasa perbahasannya.

Usul itu mendakwa Chong sengaja mengelirukan Dewan pada 13 Okt dan berkelakuan tidak wajar semasa perbahasan belanjawan pada 14 Okt, dengan berulang kali membuat tohmahan yang gagal dibuktikannya.

Usul berkenaan turut mendakwa beliau menggunakan kata-kata kesat serta menghina terhadap Adun lain selain mengaitkan mereka dengan niat jahat.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.