PunchTaiwan receives first US-made F-16V fighter jetsCNN Türk2 EKİM OKULLAR TATİL Mİ 2026: Bugün Okullar Var Mı Yok Mu? Okullar Tatil Mi? Gözler Valilik Açıklamasında!ESPN🎮 Mike Tomlin shows off 12-year build of Minecraft cityESPN Deportes¿Cómo le ha ido a los técnicos debutantes esta fecha FIFA?InquirerDropping witnesses not bluff, but part of case assessment – prosecutionDaily MaverickBOOK REVIEW: A Nigerian author’s quantum leap into Igbo cosmology and the nature of realitykickerKrimi in Cleveland zum Auftakt, Patriots früh unter Druck, Chiefs fordern Raiders한겨레신한·국민은행 ‘약한 고리’ 노린 해커들…보이스피싱 등 2차 피해 우려20 Minuten«Teuerster Verkauf meines Lebens»: Frau verliert 40’000 FrankenZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSky TG24Buona Festa dei nonni 2026, immagini e frasi per augurare buongiorno
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 2, 2026

Lee Chean Chung letak jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya

Translate

Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya susulan penggantungan keahlian daripada PKR selama tiga tahun.

Pada sidang media, Lee memaklumkan pada 30 Sept bahawa keahlian PKR beliau digantung tiga tahun.

“Adakah saya patut terus menerima gaji sebagai Ahli Parlimen, tetapi hanya duduk senyap seperti tunggul? Tidak. Justeru saya, Lee Chean Chung hari ini mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat,” kata bekas pengarah komunikasi PKR itu.

Ahli Parlimen penggal pertama itu, berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada PKR pada Isnin.

Beliau berkata, penggantungannya kemungkinan disebabkan kelantangan mengenai beberapa isu, seperti Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB), pengambilan pekerja asing, kemasukan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke universiti, serta garis panduan Selangor mengenai rumah ibadat bukan Islam.

Lee turut mendakwa, beliau tidak diberi peluang memberikan penjelasan sebelum digantung PKR.

“Saya menerima surat penggantungan itu pada petang Rabu. Ia amat mengejutkan saya kerana pihak media sudah mengetahuinya lebih awal daripada saya,” katanya.

Lee berkata, beliau telah bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul semalam dan menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Apabila ditanya sama ada beliau merancang menyertai Bersama, parti dipimpin bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, Lee berkata, beliau belum membuat keputusan.

“Saya rasa saya tahu ke mana hala tuju saya, tetapi hari ini saya mahu memberi tumpuan kepada keputusan saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Lee berkata, pusat khidmat Petaling Jaya dikendalikannya akan terus beroperasi walaupun meletakkan jawatan, dan akan terus berkhidmat kepada komuniti sebagai seorang penduduk di kawasan Parlimen itu.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU akan datang, Lee berkata, beliau berhasrat berbuat demikian dan mahu kekal di Petaling Jaya.

Lee menang Parlimen Petaling Jaya pada PRU 2022.

Beliau kerap berbeza pandangan dengan pimpinan PKR sejak menghadiri majlis pelancaran Bersama pada Mei, dan mempertahankan kehadirannya dalam majlis dianjurkan parti itu sambil menyatakan beliau sekadar menyertai aktiviti diadakan di kawasan Parlimennya.

Beliau telah dikemukakan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin PKR dan kemudiannya meletakkan jawatan daripada majlis pimpinan pusat parti berkenaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.