The Jerusalem PostUS Secret Service arrests armed man near White House allegedly intending to kill TrumpPunchPower supply to improve in 72 hours — MinisterCNN TürkHAFTA SONU SINAV VAR MI, NE SINAVI VAR? 7-8 Kasım Cumartesi-Pazar hangi sınavlar yapılacak? ÖSYM-MEB sınav takvimi 2026Daily MaverickMOMENT OF TRUTH: Blue landslide in US gives SA hope — but Trump still has sharp teeth한겨레국힘 “‘성남 라인’ 이용철 지명은 인사 전횡의 끝…철회하라” 반발에 민주 “성남라인 이전에 친노인사” 반박InquirerBFAR gears up for sardine fishing ban in northeastern MindanaoZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioWirtualna PolskaAwantura na szczycie Ukrainy. Zełenski uderza w Kliczkę. Ostra ripostaRTL BoulevardVertrouwen in politiek laag na chaotische week in Den Haag: 'Ze denken alleen aan zichzelf'Daily MailRussell Brand is a 'seriously unwell sex addict': Andrew Sachs' granddaughter tells how rapist TV star ruined her life with THAT slut shaming BBC Radio 2 phone callSözcüİlişkileri bitiren 7 alışkanlık açıklandı, birini neredeyse herkes yapıyorCNN بالعربيةممارسة قديمة تعاود الظهور.. هل المضمضة بالزيت مفيدة أم مضيعة للوقت؟
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Pemuda Umno, PAS gerak laporan polis terhadap peguam negara

Translate

Sayap Pemuda Umno dan PAS akan menggerakkan laporan polis di seluruh negara terhadap Peguam Negara Dusuki Mokhtar berhubung keputusan tidak melaksanakan titah tahanan rumah melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, berkata tindakan itu perlu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Dusuki.

“Sebab itu kita melihat perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Saya sudah berbincang dengan rakan-rakan dan kita akan menggerakkan satu laporan polis di seluruh negara terhadap peguam negara.

“Saya juga sudah berbincang dengan ketua Pemuda PAS supaya gerakan ini dilaksanakan bersama-sama di seluruh negara,” katanya selepas ditemui pada program kempen bersama Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, di DUN Merlimau.

Awal hari ini, Istana Negara menegaskan sebarang tindakan mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah menjurus perbuatan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Akmal turut mempersoalkan tempoh diambil peguam negara untuk mendapatkan penjelasan undang-undang berhubung titah berkenaan, yang menurutnya dikeluarkan pada 18 Sept lalu.

“Sekarang sudah 7 Nov. Takkanlah peguam negara masih belum mendapat penjelasan undang-undang dalam tempoh itu.

“Berapa lama lagi beliau perlukan untuk mendapatkan penjelasan tersebut. Inilah perkara yang kita mahu supaya disiasat. Jika berlaku penyalahgunaan kuasa, kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja.”

Katanya, Najib berhak menjalani tahanan rumah seperti dinyatakan dalam titah tersebut selepas pembayaran denda RM50 juta dilunaskan.

Katanya, walaupun Najib telah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman, hak yang diberikan melalui titah Yang di-Pertuan Agong perlu dihormati.

Semalam, Umno umum telah menyelesaikan denda RM50 juta dikenakan terhadap bekas presidennya itu selepas mengumpulkan dana menerusi kempen sumbangan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengeluarkan perintah pelepasan selepas bayaran direkodkan, namun Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan pelaksanaan tahanan rumah wajar ditangguhkan sementara, bagi meneliti persoalan perundangan berkaitan perintah pengampunan dan kesan perintah mahkamah.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri itu turut disabitkan hukuman penjara 15 tahun, serta denda RM11.387 bilion dalam kes 1MDB.

Hukuman 15 tahun Najib dijadual bermula pada 2028, selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.