The Jerusalem PostIsrael and the West must stop trying to reform the UN and build something new instead - opinionESPN DeportesNacho Rivero remonta al Atlas con un cabezazoESPN💰 Flagg's 1-of-1 rookie debut patch card sells for record $8.04MInquirerPagasa: Queenie nears typhoon categoryالشرقالأمم المتحدة توسع قائمة الشركات المرتبطة بالمستوطنات الإسرائيليةBBC NewsIran offers US deal to reopen Strait of Hormuz in seven daysThe Sydney Morning HeraldLove at first sight as Kylie Minogue kicks off AFL grand final performance at the MCGEl ComercioJefe negociador del chavismo niega que Gobierno impida el regreso de María Corina MachadoColliderPrime Video’s Newest Mega Streaming Bundle Exposes an Even Bigger Viewership Problem경향신문히구치 상대로 중국보다 더 못 쳤다···타선 고민 안은 류지현 호SportstarLaver Cup — Carlos Alcaraz stars as Team Europe takes 3-1 leadGlobal NewsWinnipeg Blue Bombers start strong, finish flat in 30-28 loss to Argonauts
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 26, 2026

Malaysia mahu akses patogen, manfaat dikongsi adil dalam perjanjian WHO

Translate

Malaysia menggesa perkongsian patogen dan manfaat yang terhasil daripadanya diberi kedudukan sama rata dalam kerangka global baharu bagi kesiapsiagaan menghadapi pandemik.

Menteri Luar Mohamad Hasan berkata Malaysia mengalu-alukan Perjanjian Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), namun mahu Lampiran Akses kepada Patogen dan Perkongsian Manfaat (PABS) yang kukuh serta adil diwujudkan.

Katanya, usaha memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi pandemik tidak akan lengkap tanpa prinsip kesaksamaan, selain kerangka berkenaan perlu menghormati undang-undang negara dan kedaulatan sesebuah negara.

“Kesaksamaan juga perlu disokong dengan keupayaan untuk menjalankan penyelidikan, pembangunan dan menghasilkan produk kesihatan penting,” katanya pada mesyuarat peringkat tinggi mengenai pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas pandemik sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-81.

Negara anggota WHO menerima pakai Perjanjian Pandemik WHO pada Mei 2025, namun rundingan mengenai lampiran PABS masih berlangsung.

Lampiran itu bertujuan mewujudkan sistem pelbagai hala bagi perkongsian patogen, selain memastikan manfaat yang terhasil daripadanya, termasuk vaksin, kaedah diagnostik dan rawatan, dikongsi secara adil.

Negara anggota WHO mengadakan pusingan rundingan terbaharu awal bulan ini, dengan hasilnya dijangka dikemukakan kepada Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Mei 2027 atau lebih awal menerusi sesi khas pada 2026.

Sementara itu, Mohamad berkata Malaysia sedang memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi pandemik menerusi Pelan Tindakan Kebangsaan Keselamatan Kesihatan 2025-2030.

Pelan itu merangkumi kesiapsiagaan sistem kesihatan, pemantauan penyakit, keupayaan makmal, penyelarasan kecemasan dan persediaan tenaga kerja.

Beliau turut merujuk pendekatan ‘One Health’ Malaysia dalam menangani ancaman mikrobiologi berkaitan makanan, air dan alam sekitar.

Pada masa sama, katanya, negara sedang meningkatkan keupayaan dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran vaksin serta produk kesihatan penting menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara 2021-2030.

Mengenai pembiayaan, Mohamad berkata dana antarabangsa bagi kesiapsiagaan pandemik perlu mencukupi, konsisten dan mampu bertindak balas terhadap risiko kesihatan awam serta keperluan setiap negara.

“Mekanisme antarabangsa perlu melengkapi pelaburan domestik, memperkukuh keupayaan negara dan memperkasakan liputan kesihatan sejagat,” katanya.

Mohamad berkata ukuran sebenar kejayaan mesyuarat itu adalah sama ada ancaman kesihatan seterusnya dapat dikesan lebih awal, dibendung dengan lebih pantas dan ditangani dengan akses lebih adil kepada kemudahan serta rawatan yang mampu menyelamatkan nyawa.

“Jadikan solidariti kita bukan sekadar tindak balas sementara ketika krisis, tetapi satu komitmen berterusan yang dibina sebelum kecemasan seterusnya berlaku, demi setiap negara dan setiap generasi.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.