ESPN DeportesEN VIVO: México pierde ante USA con error de Tala Rangelالنهارأسلحة الليزر في الدفاع الجوي الخليجي... حسنات وعوائقESPNFollow live: Julian Hall scores to give USMNT lead over Mexico한겨레짜릿한 역전드라마 쓰며 2회 연속 2관왕 펜싱 오상욱, 한국 선수단 ‘별 중의 별’ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBBC عربيالجيش اليمني يعلن تنفيذ ضربات ضد الحوثيين في صنعاء، وجماعة أنصار الله تقول إنها استهدفت منشأة لأرامكو بالرياضNew Straits TimesCable car offers hope for Mongolia's gridlocked capitalLenta.ruВ Хабаровске вспыхнул крупный пожарInquirerNDF seeks Red Cross intervention for wounded, pregnant rebel leaderNOSPro-Europese premier wint verkiezingen Letland ruimer dan verwachtSBS 뉴스이 대통령 "개혁은 목표여야…선명성·공격 수단이어선 안 돼"CBS SportsWhere Jeremiah Smith ranks among the greatest college receivers of the 21st century after record-setting day
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 4, 2026

PKR terima kembali 3 bekas Ahli Parlimen

Translate

Tiga bekas Ahli Parlimen meninggalkan PKR – Edmund Santhara Kumar (Segamat), Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), dan Steven Choong (Tebrau) – dilapor diterima semula dalam parti susulan rayuan.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah meluluskan rayuan daripada Santhara, Kamarudin, dan Choong pada mesyuaratnya 27 Sept, menurut Malaysiakini.

Santhara dan Kamarudin antara 11 Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti selepas Langkah Sheraton pada 2020, membawa kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan digantikan gabungan dipimpin Bersatu. Keduanya kemudian menyertai Bersatu.

Choong pula meninggalkan PKR pada Februari 2021 bersama Ahli Parlimen Julau Larry Sng, selepas mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

FMT sedang menunggu ulasan daripada Choong dan Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.

Surat kelulusan penerimaan semula mereka dalam PKR, bagaimanapun menyatakan keputusan itu tidak mengubah pendirian parti berhubung bon ditandatangani sebelum PRU 2018. “Sebarang perkara yang timbul berkaitan perkara ini tertakluk kepada perbincangan antara anda, bendahari agung, dan Presiden,” menurut salinan surat disiarkan Malaysiakini.

PKR menyaman Santhara dan Kamarudin serta empat lagi bekas Ahli Parlimen pada Februari lalu, berhubung dakwaan melanggar syarat bon, yang memerlukan mereka membayar RM10 juta sekiranya mereka menang atas tiket PKR, tetapi kemudian meletakkan jawatan daripada parti, menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Kepulangan tiga Ahli Parlimen itu berlaku selepas bekas naib presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, mengesahkan bulan lalu beliau telah kembali ke pangkuan parti. Portal berita PKR, Suara Keadilan, turut melaporkan bekas naib presiden, Tian Chua, telah diterima semula.

Baru-baru ini, parti itu turut menyaksikan peletakan jawatan bekas timbalan presiden, Rafizi Ramli, dan bekas naib presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang keluar pada Mei untuk memimpin Bersama, serta Wong Chen yang keluar pada Ogos.

Semalam, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, sambil berkata beliau akan meninggalkan parti pada Isnin.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.