ESPN DeportesEstados Unidos se queda con la victoria en el juego amistoso contra CanadáPunchFG clears N758bn pension arrears, 957,045 benefitInquirerBohol crop losses climb to P173-M as drought worsenESPNFollow live: Brewers, Padres battling in tight NLDS Game 3The Jerusalem PostMali troops re-enter strategic northern town in years-long fight against insurgentsRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara DuterteUOLHouthis atacam aeroporto de Aden, no Iêmen, com drones e mísseis, diz imprensa estatalZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesPBAPP plans hybrid strategy to reduce Penang's reliance on Sungai Muda20 MinutenNews-Scout entdeckt Drei-Meter-Koloss am StrandObservador DesportoAs notícias das 4hBBC عربيالتحالف السعودي يتتبع منصة إطلاق صواريخ في صنعاء تمهيداً لتدميرها
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

35 kawasan catat IPU tak sihat, Batu Pahat tertinggi 191

Translate

Batu Pahat di Johor mendahului 34 kawasan lain di seluruh negara merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Batu Pahat tertinggi, iaitu 191.

Ia disusuli Johan Setia di Selangor (189), Cheras di Kuala Lumpur dan Nilai di Negeri Sembilan (188), Putrajaya (186), Seremban di Negeri Sembilan (181) serta Shah Alam di Selangor (180).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Batu Muda dan Segamat (177), Bukit Rambai (176), Petaling Jaya dan Banting (175), Bandaraya Melaka (174), Alor Gajah dan Pasir Gudang (173) serta Tangkak (170).

Kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Klang dan Port Dickson (169), Temerloh (168), Larkin (166), Pengerang (165), Kota Tinggi (164), Indera Mahkota Kuantan (162), Kluang (161), Jerantut (159), Rompin (158), Balok Baru Kuantan (157), Kemaman dan Paka (156), Tanjung Malim (154), Tasek Ipoh (139), Kuala Terengganu (111) dan Pegoh Ipoh (107).

Di Malaysia Timur, hanya Serian di Sarawak dan Tawau di Sabah mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu 152 serta 156.

Sebanyak 31 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana, manakala Kangar di Perlis dan Langkawi di Kedah mencatatkan kualiti udara baik, iaitu 41 serta 31.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.

Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Batu Pahat mengumumkan semua sekolah, taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di daerah itu ditutup mulai hari ini susulan bacaan IPU sangat tidak sihat melebihi paras 200.

Katanya, penutupan itu selaras Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan serta garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah.

Menurutnya, pihak sekolah perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah jika diarahkan KPM, Jabatan Pendidikan Johor atau Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.