CNN TürkBorsa'da düşüş trendi sürüyor: Gözler enflasyondaThe Jerusalem PostTrump yet to give final decision on Russia tariffs, sanctions, as Rubio says more time neededInquirerAFP modernization needs sustained funding amid threats — EjercitoPunchEPL: I”ll be back in few weeks, says Chelsea goal keeper MartinezESPN DeportesPredicciones Semana 6 NFL: Apuestas, fantasy, anotadores y másESPNTop CFP contenders after an upset-filled Saturday? Here's our best playoff guessDaily MaverickWatch — How a narrow court ruling became a week of anti-foreigner posts한겨레‘상금 순위 56위’ 마서영, KLPGA 데뷔 3년 만에 첫 우승ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLLubrificante e atenção às preliminares melhoram o sexo na menopausaBBC NewsSeveral dead or injured in major fire at Canada military baseRai NewsHegseth: Iran abbandoni nucleare o devastazione. Araghchi: non cediamo a pressioni ma ok a dialogo
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

Lelaki direman berkait khianat masjid di Tumpat

Translate

Seorang lelaki berusia 38 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat dan mencemarkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi di Kota SPP Warisan, Tumpat, Kelantan.

Ketua Polis Tumpat, Mohd Khairi Shafie, berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang dilaporkan pada 5 Okt lalu.

Katanya, lelaki terbabit direman bermula Sabtu hingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, dilaporkan jemaah sebuah masjid dikejutkan perbuatan khianat apabila karpet ruang solat dicemari air selut berbau busuk dan bercampur serpihan tulang serta bulu.

Kejadian disedari pihak Masjid Al-Aziz Al-Hadi pada 6.30 pagi sebelum kontraktor pembersihan dipanggil untuk melakukan kerja pembersihan.

Khairi berkata, pihaknya memandang serius perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan serta kesucian rumah ibadat.

Katanya, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berhubung kejadian bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak sahih.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu juga diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.