The Jerusalem PostTrump says US seeing 'strong inclination' to end Russia's war in Ukraine매일경제조국혁신당 “조희대 탄핵, 더 이상 미룰 수 없다”…민주당 거듭 압박New Straits TimesCameron Norrie flies through first-round victory in StockholmThe Sydney Morning HeraldBeau Lamarre-Condon trial live updates: Alleged double murderer denies plan to ‘assassinate Jesse Baird’, quizzed over CCTV footage as cross-examination continues中国新闻网侨聚进博时刻,一日双场联动!SportstarNew Zealand vs India, 3rd ODI LIVE streaming info: When, where to watch the third NZ vs IND match?Screen RantScotty’s Greatest Star Trek Quote That Fans Love Didn’t Happen In The Original SeriesUOLAnitta comenta nova fase musical e descarta fazer lançamentos para o CarnavalSeeking AlphaLantronix expects Q2 FY2027 revenue of $32.5M-$34.5M as unmanned systems targets 15%-20% of FY2027 salesPunchWIMAFRICA seeks greater economic power for African womenThe Indian ExpressWhy Sikh prisoners remain a politically potent issue in PunjabInquirerValencia City allots P140M as it gears up vs. El Niño
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

Penjelasan mahkamah cegah pertikaian berlarutan terhadap Najib

Translate

Penangguhan pelaksanaan tahanan rumah Najib Razak mencetuskan perdebatan hangat mengenai sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) bertindak mengingkari titah diraja.

Namun, persoalan undang-undang jauh lebih besar kesannya mungkin terletak di sudut lain.

Di sebalik pertikaian pelaksanaannya, timbul pula persoalan bagaimana langkah itu mampu menjejaskan pengiraan dan penguatkuasaan hukuman penjara sedia ada dikenakan terhadap Najib.

Apakah yang mungkin berlaku jika Najib dipindahkan ke rumah hari ini, hanya untuk melihat mahkamah menghabiskan masa bertahun lamanya mendengar hujah sama ada sabitan hukuman kes SRC International sebenarnya sudah tamat?

Beberapa perkataan tertera dalam dokumen mahkamah bukan sahaja boleh mempengaruhi layanan terhadap Najib di bawah titah diraja, malah menentukan bila hukuman penjara seterusnya patut bermula.

Melainkan diperjelaskan sekarang, pertikaian tersebut membuka ruang kepada pertikaian undang-undang berlarutan.

Dua hukuman, satu tarikh penting

Najib sedang menjalani hukuman penjara bagi kes SRC International yang dijadual berakhir 23 Ogos 2028.

Dalam kes berasingan melibatkan 1MDB, bekas perdana menteri itu dikenakan satu lagi hukuman penjara 15 tahun, yang kini masih dalam proses rayuan.

Mahkamah memerintahkan hukuman kes 1MDB tersebut bermula sejurus hukuman kes SRC tamat.

Di bawah aturan sedia ada, ini bermaksud tarikhnya ialah 23 Ogos 2028.

Masalah perkataan ‘pelepasan’

Pada 6 Nov, Najib telah menjelaskan denda yang disusuli satu dokumen mahkamah dikeluarkan mengandungi perkataan ‘dilepaskan serta-merta’ (discharge forthwith).

Dalam bahasa mudah, ia bermaksud pembebasan serta-merta.

Namun, membebaskan seseorang daripada hukuman penjara berbeza berbanding memindahkan individu tersebut menjalani hukuman sama di rumah.

Bawah tahanan rumah, Najib kekal seorang banduan. Hanya lokasi penahanannya sahaja berubah.

Kekaburan ini timbul memandangkan situasi luar biasa berkenaan tidak jelas ditafsirkan mengikut undang-undang bertulis sedia ada.

Pendaftar mahkamah nampaknya menggunapakai peruntukan yang mengawal pelepasan banduan kepada situasi yang sebenarnya tidak dimaksudkan oleh peruntukan terbabit.

Situasi Najib melibatkan titah diraja menyentuh lokasi beliau menjalani baki hukuman penjara, bukannya penamatan hukuman.

Sama ada prosedur pelepasan itu wajar dari sudut undang-undang merupakan satu persoalan yang hanya boleh diputuskan mahkamah.

Namun, kepentingan persoalan itu jauh melangkaui pelaksanaan tahanan rumah.

Sekiranya maksud perintah pelepasan tersebut kekal tidak diselesai, ia memberi implikasi terhadap permulaan dan penguatkuasaan hukuman kes 1MDB Najib yang berasingan.

Risiko pertikaian masa depan

Perlu dipertimbangkan apa yang boleh berlaku jika Najib dipindahkan ke rumah tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Hujah boleh dibangkitkan kemudiannya bahawa perintah pelepasan berkenaan telah menamatkan hukuman kes SRC beliau, pada 6 Nov 2026.

Sekiranya diterima, apakah sabitan hukuman kes 1MDB Najib boleh dianggap telah bermula pada tarikh itu, bukannya pada 23 Ogos 2028?

Justeru, menjadikan pelaksanaan hukuman terbabit hampir dua tahun lebih awal.

Bolehkah Najib berhujah tempoh dihabiskan bawah tahanan rumah patut dikira dalam hukuman kes 1MDB?

Ini bukanlah akibat secara automatik, dan tiada bukti menunjukkan peguam Najib berhasrat mengemukakan hujah sedemikian.

Namun, kebarangkalian itu mewujudkan ketidakpastian.

Mahkamah berdepan risiko menerima permohonan dan rayuan mengenai bilakah satu-satu hukuman itu tamat, bilakah pula hukuman seterusnya bermula, serta bagaimana tempoh hukuman yang telah dijalani sepatutnya dikira.

Hakim kes 1MDB tolak tangguh hukuman

Ketidakpastian berbangkit semakin signifikan apabila dilihat secara bersama dengan perkembangan kes 1MDB.

Mahkamah Tinggi sudahpun menolak permohonan Najib menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dihadapinya, sementara menunggu rayuan.

Hakim mendapati Najib gagal membuktikan kewujudan keadaan khas bagi menjustifikasikan penggantungan hukuman.

Melainkan mahkamah atasan yang lebih tinggi memutuskan sebaliknya, hukuman tersebut kekal dikuatkuasakan sebaik sahaja hukuman kes SRC tamat.

Tetapi, sekiranya perintah pelepasan itu ditafsirkan sebagai menamatkan hukuman kes SRC pada 6 Nov, adakah hukuman kes 1MDB itu bertukar untuk dikuatkuasakan serta-merta?

Bolehkah Najib kemudiannya berhujah beliau telah mula menjalani hukuman kes 1MDB semasa berada bawah tahanan rumah?

Penolakan penangguhan pelaksanaan itu sendiri tidak menghalang Najib daripada menjalani baki hukuman kes SRC beliau di rumah.

Bagaimanapun, adakah Mahkamah Tinggi dalam kes 1MDB akan menangguhkan permulaan hukuman penjara Najib sekiranya tahanan rumah tersebut telah pun berkuat kuasa semasa hukuman itu dikenakan?

Apa yang diakui peguam Najib

Dalam kenyataan terkini mereka, peguam Najib mengakui pembayaran denda tidak secara automatik menamatkan hukuman penjara.

Ini adalah selaras dengan Seksyen 283(1)(e) Kanun Prosedur Jenayah.

Pembayaran denda hanya membatalkan hukuman penjara dikenakan atas kegagalan membayarnya. Ia tidak membatalkan hukuman penjara asal secara automatik.

Berdasarkan tafsiran berkenaan, hukuman kes SRC Najib akan berterusan sehingga 23 Ogos 2028.

Namun, peguam beliau tetap mengekalkan pendirian undang-undang mengenai kesan menyeluruh pengampunan diraja dan hukumannya.

Perkara yang berbangkit tidak memaparkan apa jua niat mencabar tarikh permulaan hukuman kes 1MDB, namun ia memperkukuh keperluan mendapatkan penjelasan kehakiman.

Menjunjung titah diraja

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengekalkan pendirian mereka tidak mencabar titah diraja berhubung tahanan rumah Najib.

Persoalan pokoknya adalah bagaimana cara melaksanakannya dengan betul.

Tindakan memohon penjelasan daripada mahkamah bukan bermaksud mencabar kewibawaan Seri Paduka Baginda.

Satu keputusan yang jelas akan membantu memastikan titah diraja dilaksanakan tanpa menjejaskan hukuman Najib yang berasingan, sekali gus mengelak institusi beraja terus diheret dalam kontroversi undang-undang.

Hanya mahkamah boleh memutuskan

Najib merupakan banduan yang sudah disabitkan kesalahan. Hukumannya telah dijatuhkan mahkamah, dan implikasi undang-undangnya mestilah ditentukan secara kehakiman.

Barisan peguamnya berhak mengemukakan hujah, manakala AGC boleh membentangkan pendiriannya. Namun, keputusan akhir tidak boleh dirundingkan antara pihak yang terlibat.

Mahkamah sepatutnya menjelaskan sama ada hukuman kes SRC berterusan sehingga 23 Ogos 2028, sama ada pembayaran denda itu hanya menjejaskan hukuman penjara akibat kegagalan membayar denda, serta bilakah hukuman kes 1MDB bermula dari sudut undang-undang.

Mahkamah juga perlu mempertimbang keputusan sedia ada yang menolak penggantungan hukuman kes 1MDB.

Sebaik sahaja persoalan-persoalan itu ditentukan secara kehakiman, pihak berkuasa berkaitan boleh melaksanakan keputusan tersebut.

Cegah masalah lebih besar

Sememangnya wujud keinginan untuk melaksanakan titah diraja tanpa sebarang penangguhan.

Tetapi, kesegeraaan tidak sepatutnya mengatasi kepastian undang-undang.

Najib kekal sebagai seorang banduan sama ada beliau ditahan di Penjara Kajang mahupun bawah tahanan rumah. Penangguhan singkat bagi mendapatkan penjelasan tidak akan, secara sendiri memanjangkan tempoh hukumannya.

Meneruskan proses tanpa sebarang penjelasan akan mencetuskan pertikaian undang-undang bertahun-tahun melibatkan dua hukuman jenayah serta keputusan kehakiman sedia ada.

Tujuan penjelasan itu dimohon bukan untuk mengekang pelaksanaan titah diraja, sebaliknya memastikan ia dilaksana mengikut saluran betul.

Satu keputusan kehakiman diputuskan dapat mengelakkan hujah undang-undang yang berpanjangan pada masa hadapan.

Langkah itu sebenarnya jauh lebih baik daripada membiarkan satu perkataan yang dipertikai membuka ruang kepada pertikaian undang-undang berlarutan.

Penulis ialah pembaca FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.