ESPN DeportesAmérica hace sufrir a Cruz Azul, pero pierde liderato e invictoPunchEPL: Arteta slams penalty decision against Arsenal in Sunderland matchESPNProjecting the CFP top 12 after Week 2: How far does Ohio State fall?한겨레‘등록금 0원’ 지역 국립대 유인책 통했나…수시 지원자 7.6% 늘어SözcüIrak: Suudi Arabistan'daki boru hattı saldırısında kullanılan İHA fırlatma rampası bulunduCNN TürkZelenski kapıyı açtı: Putin ile görüşecek mi? Barış masası Miami’ye mi taşınıyor?n-tvWie weiter nach Sachsen-Anhalt?: "Das ganze Klein-Klein, von Achtstundentag bis Krankschreibung, ist doch keine Lösung!"7sur7Plus de 40.000 signalements de cas de phishing par jour: comment pouvez-vous vous protéger? Et que font les banques?BBC Business'It's cost upon cost for working families - they get no help'RMF24Barack Obama ostrzega. Chodzi o to, co może uczynić AI w prywatnych rękachRTL BoulevardHenny Huisman hoopt na 50 jaar huwelijk één ding nooit mee te hoeven makenDaily MailNigel Farage declares record-breaking £72million donations from crypto billionaires will ready Reform for government as party prepares 'attack unit' to target rivals
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 13, 2026

Medan pertahanan makin kompleks, pegawai kadet Palapes perlu lengkap diri dengan ilmu

Translate

Pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) perlu melengkapkan diri dengan ilmu diperlukan kerana medan pertahanan semakin kompleks dan ancaman terhadap negara tidak lagi terhad kepada peperangan konvensional.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah serangan siber, peperangan hibrid, penggunaan dron, kecerdasan buatan (Al) dan ketidaktentuan politik global kini turut membentuk landskap keselamatan negara.

“Saya menyeru saudara dan saudari agar tampil sebagai generasi pertahanan yang celik teknologi, bijak menilai maklumat, memahami isu keselamatan dan sentiasa peka terhadap perkembangan geopolitik,” titah baginda sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam di Universiti Malaysia Perlis, Arau, semalam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri baginda Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah dalam mendepani cabaran, semangat cintakan negara mesti menjadi tunjang perjuangan dengan setiap pegawai harus berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan, keberanian dan kejujuran dalam setiap tindakan.

“Sentiasa bijak menilai setiap maklumat agar tidak mudah dipengaruhi propaganda, berita palsu atau naratif yang boleh mengganggu gugat keharmonian serta keamanan negara kita selaras Ikrar Kesatria yang saudara dan saudari junjung.”

Baginda bertitah mempertahankan negara bukan sekadar tugas, sebaliknya komitmen dan tanggungjawab kepada tanah air.

“Berkhidmatlah dengan ilmu, berjuang dengan keberanian dan berdiri teguh demi Malaysia yang berdaulat, aman dan dihormati. Pelihara nama baik institusi raja, angkatan tentera, universiti dan pasukan diwakili.

“Tampilkan teladan dalam tutur kata, tingkah laku dan tindakan kerana setiap pegawai bukan sahaja membawa nama organisasi, malah memikul maruah dan amanah negara.”

Seramai 1,885 pegawai kadet Palapes daripada 20 universiti awam menerima tauliah pada istiadat ke-44 semalam.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.