ESPN DeportesLeón venció al Atlético de San Luis con doblete de CambindoESPNJudge hits 1st HR since May as Yankees clinch record 61st postseason spotCNN TürkFatih'te daha önce kurşunlanan iş yerinin fotoğraflarını çeken şüpheli tutuklandıPunchRansom economy: How kidnappers turn northern families’ pain into profitוואלהגבר כבן 70 נפצע קשה באשקלוןInquirerLOOK: DILG releases new mugshots of RomualdezUOLParte do Vale do Silício vê interesse comercial por trás de discurso de segurança e desaceleração da IAالشرقالمحكمة العليا ترفض خطة ترمب للحد من التصويت بالبريد في انتخابات التجديد النصفيNew Straits TimesCar crashes into elephant on Jalan Jerangau-Jabor, 3 people injuredThe Hollywood Reporter‘The Pitt’ Showrunner R. Scott Gemmill Delivers Rallying Cry for “What’s Real” After Emmy WinDaily MailEmmy Awards 2026 best dressed! Zendaya, Selena Gomez and Mariska Hargitay lead red carpet glamour at TV's biggest nightThe GuardianEmmy awards 2026 live: The Pitt wins best drama as Widow’s Bay cleans up comedy categories
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 15, 2026

Wanita maut ditikam 13 kali oleh suami disyaki cemburu

Translate

Seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam berulang kali oleh suaminya dalam kejadian di Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Kulim, Syamsul Sinring, berkata siasatan awal mendapati kejadian terbabit dipercayai berpunca akibat pertengkaran antara suspek dan mangsa berusia 39 tahun disyaki masalah cemburu.

“Kejadian berlaku dalam bilik tidur utama yang didiami suspek, mangsa serta anak mereka berusia tiga tahun.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai darah pada cadar tilam, bantal, kepala katil serta beberapa barangan di atas katil.

“Sepasukan anggota dari Unit Forensik IPK Kedah hadir dan mengambil 11 sampel berkaitan kejadian,” katanya, menurut Harian Metro.

Syamsul berkata suspek telah menyerah diri di Balai Polis Lunas sebaik kejadian dan mengaku menikam mangsa sebanyak 13 kali, iaitu tujuh tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan menggunakan pisau lipat.

“Selepas kejadian, suspek mandi dan mengambil anaknya daripada pengasuh sebelum menyerahkan kepada kakaknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang.

“Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya dia menikam isterinya sebelum ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri. Polis turut merampas sebilah pisau lipat untuk membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, suspek yang juga penganggur berasal dari Parit Buntar, Perak dan saringan awal air kencing mendapati dia bebas dadah selain tiada rekod jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.