Insiden Virgo Transport 8: Belum ada petunjuk rakyat Malaysia terlibat

Wisma Putra belum menerima sebarang maklumat menunjukkan ada rakyat Malaysia terlibat insiden kapal penumpang Virgo Transport 8 di Laut Jawa, Indonesia.
Wisma Putra memaklumkan, pihaknya sedang memantau laporan mengenai kapal penumpang berkenaan dan berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan senarai rasmi penumpang serta maklumat lanjut yang telah disahkan.
“Pada peringkat awal ini, kementerian belum menerima sebarang maklumat yang menunjukkan terdapat rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan,” katanya menurut kenyataan.
Menurut Reuters, pasukan penyelamat Indonesia kini sedang mengesan 140 mangsa daripada kapal yang dilaporkan hilang itu, selepas 103 penumpang lain berjaya dipindahkan dengan seorang daripadanya disahkan meninggal dunia.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.