ESPN DeportesNecaxa y FC Juárez se reparten un punto que no rescata a ningunoDaily MaverickOUR CITY NEWS: Joburg power, water outages put medically vulnerable residents at riskThe Jerusalem PostLess than a day after stabbing attack, Chabad man returns to wrapping tefillin in ManhattanInquirerHunt for Bato dela Rosa sets 1-week ultimatum, P50-M bountyPunchFG convicts 653 suspects in mass terrorism trials — AGFESPNOur guide to every NFL Week 7 game: Matchup previews, predictions, picks and nuggetsBollywood HungamaSCOOP: Ranbir Kapoor SECRETLY tipped off Sandeep Reddy Vanga about Ramayana 2's delay; helped Prabhas' Spirit grab Diwali 2027!CNN TürkGS-FB DERBİSİ NE ZAMAN, HANGİ KANALDA? Galatasaray Fenerbahçe derbisi saat kaçta, şifresiz mi? Gözler derbi saatinde!ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالنهارفرنسا تستنفر 70 ألف شرطي لتأمين احتجاجات السبتVanguardAlex Iwobi: From Arsenal prodigy to Premier League mainstaySözcü3 il tek yerde buluşuyor: Haritada bile zor bulunuyor
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

Institusi beraja kekal tonggak kestabilan, titah Sultan Selangor

Translate

Walaupun masyarakat terus berubah seiring peredaran zaman, peranan asas raja berperlembagaan kekal utuh dalam memastikan kestabilan dan keharmonian negara, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah, institusi beraja memikul tanggungjawab menjunjung perlembagaan, memastikan kesinambungan institusi serta menjadi lambang perpaduan yang merentasi perbezaan politik.

“Institusi beraja memberikan kestabilan ketika berdepan perubahan dan mengingatkan kita bahawa institusi yang bertahan sepanjang zaman terus memainkan peranan penting dalam memelihara keharmonian negara,” titah baginda dalam wawancara khas sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin bertitah, perlembagaan memberikan panduan jelas mengenai tanggungjawab baginda sebagai raja.

“Tanggungjawab beta adalah untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Selangor tanpa pilih kasih atau prasangka,” titah baginda.

Baginda bertitah, penghormatan terhadap prinsip perlembagaan, sikap tidak memihak serta keadilan membolehkan institusi beraja terus mendapat keyakinan rakyat tanpa mengira latar belakang atau pegangan politik.

Menurut baginda, institusi beraja melambangkan kesinambungan, kestabilan, khidmat dan tanggungjawab.

“Ia mengingatkan kita bahawa kepimpinan menuntut tanggungjawab, bukannya keistimewaan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, nilai berkenaan kekal relevan kerana kesederhanaan, perpaduan serta penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang penting dalam membina masyarakat yang harmoni.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.