ESPN DeportesLos Nuggets intentan alargar el mal arranque de temporada de los WarriorsPunch2027: CJN warns judges against pressure, conflicting ordersESPNJay-Z to headline Super Bowl LXI halftime showObservador DesportoAs notícias das 3hMyJoyOnlineTOR slashes debt from $650m to $300m, MD revealsCollider'Tracker' Needs a Major Change If It Wants To Remain One of CBS' Biggest ShowsOnetEskalacja na Bliskim Wschodzie. To odwet za rzeź w kościeleThe Guardian AustraliaAustralian politics live: Albanese mulls duress alarms for MPs; former ABC news director’s payout revealedEl Comercio¿Qué día te toca surtir gasolina en Venezuela? Consulta el calendario del 26 de octubre al 1 de noviembre en VenezuelaThe Sydney Morning HeraldLippy, annoying and with star potential: The ‘next Tom Papley’ set to shake up the AFLTimes of India EntertainmentKeerthy Suresh got no offers for six months after ‘Mahanati’ABC NewsWATCH: Record early voting in key states as Trump, Obama appeal to voters on campaign trail
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 27, 2026

Kawalan kewangan boleh jejas keyakinan mangsa keganasan rumah tangga

Translate

Tidak diberikan wang untuk membeli pakaian, dimarahi kerana memesan barangan dalam talian atau terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pasangan untuk memenuhi keperluan diri antara situasi yang boleh mencerminkan keganasan ekonomi dalam rumah tangga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata keganasan rumah tangga bukan hanya melibatkan penderaan fizikal dan emosi, malah turut merangkumi kawalan ekonomi yang boleh menjejaskan kesejahteraan serta keyakinan mangsa.

Beliau berkata, bentuk keganasan itu perlu diberikan perhatian kerana boleh berlaku dalam kehidupan seharian, khususnya apabila pasangan tidak menyediakan wang untuk keperluan asas keluarga atau mengawal perbelanjaan peribadi sehingga mangsa tiada kebebasan kewangan.

“Contohnya, suami balik rumah hendak makan dan mengharapkan isteri masak. Kalau isteri tak bekerja, dia tidak ada duit dan suami pula tidak memberikan wang kepadanya untuk keperluan dapur, macam mana dia hendak memasak?” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk “Keluarga Sejahtera: Kasih Terpelihara, Penjagaan Diperkasa” terbitan Bernama TV malam tadi.

“Selain itu, isteri hendak membeli pakaian, tetapi tidak mempunyai wang. Hendak membeli-belah seperti wanita lain pun tidak boleh. Apabila dia memesan barangan melalui Shopee, dia dimarahi suami. Ini yang biasa berlaku dan menjadi cabaran baharu dalam kehidupan sekarang.”

Nancy berkata, kawalan kewangan sedemikian boleh menyebabkan mangsa kehilangan keupayaan untuk membuat keputusan bagi keperluan sendiri, khasnya apabila tiada pendapatan atau akses kepada wang.

Menurutnya, statistik polis merekodkan 5,507 kes keganasan rumah tangga pada 2023, meningkat kepada 7,016 kes pada 2024 dan 7,391 kes pada 2025 serta 5,278 kes direkodkan dari Januari hingga Ogos tahun ini.

“Keganasan rumah tangga ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan situasi, tetapi yang menjadi cabaran ialah apabila mangsa memilih untuk berdiam diri dan tidak mendapatkan bantuan. Kadang-kadang bila sudah buat laporan pun, mereka tarik balik laporan kerana takut.”

Justeru, beliau berkata, kementeriannya menyediakan pelbagai bentuk sokongan bagi membantu mangsa keluar daripada situasi penderaan serta membina semula kehidupan, termasuk melalui khidmat kaunseling, intervensi dan bantuan kewangan untuk menghadiri prosiding mahkamah, jika perlu.

Katanya, usaha menangani keganasan rumah tangga juga penting bagi melindungi anak yang menyaksikan penderaan dalam keluarga kerana pengalaman itu boleh mempengaruhi persepsi mereka terhadap hubungan kekeluargaan apabila dewasa.

“Kami tidak mahu perkara ini menjejaskan anak-anak sehingga apabila mereka dewasa, mereka mengulangi perkara sama kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang normal.”

Beliau menggesa masyarakat tidak menganggap keganasan rumah tangga sebagai urusan peribadi semata-mata, sebaliknya tampil membantu melaporkannya menerusi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999 jika mengetahui atau mengesyaki kejadian sedemikian berlaku.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.