Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Tips Films and Tips Music come on board for Emraan Hashmi’s musical horror film RoohInquirerUndas 2026: PITX logs over 1.68M passengersPunchMorning recap: Three homeless men shot dead in Lagos, Super Falcons receive $100,000 each, other top storiesThe Jerusalem PostJudge blocks Trump administration from pressuring states over noncitizen votingSky TG24Polonia, scontro tra Tusk e Nawrocki sul Tribunale costituzionaleCNN TürkHava Durumu (03-11-2026)한겨레미 중간선거, 미·중 ‘전략적 안정’ 시험대…“트럼프, 관계 안정 추구할 것”Daily MaverickVIDEO: Poll Dancing: Watch Politically Aweh’s elections comedy special before you voteZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFScreen RantThe Elder Scrolls: Valenwood Officially Releases This MonthSouth China Morning PostChina moves to simplify forex settlements and make cross-border business easierХабрКак посчитать реальную цену секунды AI-видео: оплаченная и принятая секунда, лог дублей на Python
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

PH ikrar beri belia 30% kontrak PBT dalam manifesto PRN Melaka

Translate

Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto 11 perkara bagi PRN Melaka, dengan ikrar memperuntukkan 30% kontrak di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada golongan belia.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata kuota 30% kontrak itu bertujuan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada belia tempatan.

Manifesto PH yang dinamakan ‘Aspirasi Melaka Rumah Kita’ itu turut berjanji akan mengoptimumkan penggunaan tanah negeri demi manfaat rakyat, termasuk membenarkan lanjutan tempoh pajakan lebih awal tanpa perlu menunggu sehingga baki pajakan kurang beberapa tahun.

Gabungan itu juga berikrar akan membenarkan rakyat Melaka memanfaatkan tanah negeri terbiar bagi tujuan pertanian moden, sekali gus menyediakan sumber pendapatan kepada mereka di samping memperkukuh keterjaminan makanan negeri.

PH turut berjanji akan menyediakan pengangkutan awam lebih baik di Melaka, tetapi tidak mendedahkan cadangan khusus, serta menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menangani kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan trafik negeri itu.

Perkasa wanita

PH juga berjanji akan menawarkan geran khas kepada peniaga wanita dan menubuhkan lebih banyak pusat asuhan kanak-kanak kendalian kerajaan bagi membantu ibu bekerja.

Ia turut berjanji akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada belia supaya mereka boleh mencari rezeki di Melaka tanpa perlu berpindah ke negeri lain.

Selain itu, PH berikrar akan memperbanyakkan aktiviti berkaitan pelancongan serta melaksanakan dasar mengutamakan penyedia perkhidmatan pelancongan supaya manfaat ekonomi daripada sektor ini dapat dinikmati penduduk tempatan.

“Kami menyasarkan untuk meningkatkan jumlah kunjungan pelancong kepada 25 juta orang menjelang 2032, sekali gus menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan lebih berdaya saing dan bertaraf antarabangsa.”

Bekas ketua menteri itu berkata, manifesto berkenaan mengambil kira maklum balas orang ramai dan perniagaan tempatan, serta berdasarkan pengalaman PH mentadbir Melaka dan Malaysia.

“Kami akan mengumumkan lebih banyak bidang tumpuan bagi memastikan semua janji kami untuk memberikan yang terbaik kepada orang ramai dapat direalisasikan, khasnya dalam membantu meringankan kos sara hidup, yang kekal sebagai keutamaan kami,” katanya sambil menambah PH akan mengadakan siri program untuk mempromosikan manifesto itu.

PH bertanding 24 daripada 28 kerusi dalam PRN 14 Nov ini. Ia membentuk pakatan dengan Bersatu, yang bertanding di tujuh kerusi, yang menyaksikan pertembungan di tiga kerusi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.