Soompi“100 Days Of Deception” And “The Perfect Lie” Soar To Their Highest Saturday Ratings YetSözcüErzurum ve Ardahan'da sağanak hayatı olumsuz etkilediFree Malaysia TodayMCA may struggle to find new allies outside BN中国新闻网(寻味中华|节令)小雪纳物藏旧味 名泉入盏熨新寒The Indian Express9 pilgrims killed in Rajasthan’s Kota as vehicle crashes into parked truckThe Jerusalem PostFirst responders who fell in love after Bondi Beach massacre marry near sceneZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF20 MinutenNeuer Beschlusstext weiter ohne fossile EnergienSportstarZverev to face Alcaraz in championship match at the ATP FinalsDaily MailMiley Cyrus wedding photos: Singer, 33, tears up in elegant gown as she ties the knot with rocker Maxx Morando, 28, in stunning Palm Springs ceremony경향신문‘강릉 페이’ 부정 유통 단속···불법 환전 행위 등 집중 점검New Straits TimesFBI probes suspected hack of criminal information database
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

Polis intip pegawai TUDM seludup dadah sejak Januari, kata Saifuddin

Translate

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis mengintip kegiatan penyeludupan dadah rentas sempadan membabitkan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak Januari lalu.

Menurutnya, risikan berterusan itu berjaya meyakinkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada Julai lalu wujud kegiatan penyeludupan dadah membabitkan aset TUDM.

Jelasnya, kumpulan pegawai itu dikesan menggunakan kemudahan TUDM untuk membawa dadah dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa melalui pemeriksaan ketat oleh pihak berkuasa di pintu masuk rasmi.

“Ekoran penangkapan pembantu juruterbang kita di Jakarta tempoh hari, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan meningkatkan dan memperketat langkah keselamatan di pintu keluar masuk, terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Jadi, ini tentunya memberi kesan kepada sindiket yang menjalankan aktiviti penyeludupan, maka mereka terpaksa memilih kaedah penyeludupan lain, mereka pilih melalui pelabuhan dan kaedah lain.

“Maka, mereka guna kaedah membawa dadah menggunakan kemudahan TUDM dari satu titik ke satu titik dan jumlah yang kita kesan, iaitu 96kg adalah besar,” katanya menurut Harian Metro selepas Majlis Penerapan Nilai Murni di Kampung Paya Besar, Lunas, Kedah, malam tadi.

Beliau berkata, hasil kerjasama JSJN dan TUDM berjaya mengesan kegiatan membawa dadah dari Semenanjung ke Sabah.

Katanya, pemeriksaan ke atas bagasi dalam premis TUDM pada hari kejadian menemui sejumlah dadah yang turut mengesahkan pembabitan pegawai serta orang awam berkaitan.

“Pegawai TUDM terbabit masih direman dan fokus polis untuk kenal pasti sama ada ini benar perbuatan sindiket, berapa lama aktiviti ini berjalan, apakah hanya pada hari tangkapan atau lebih awal?

“Kita tak tahu lagi sindiket ini tempatan atau luar kerana tangkapan yang dibuat ada orang awam dan tentera, tetapi kalau jumlahnya lebih seorang, tentu ada kemungkinan ada sindiket di belakangnya dan kita tidak menolak akan ada tangkapan lagi.”

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mendedahkan pegawai TUDM, termasuk juruterbang, terbabit kes penyeludupan dadah membabitkan jumlah besar.

Khamis lalu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan, mengesahkan lima pegawai TUDM dan enam orang awam ditahan di sekitar Lembah Klang serta Labuan kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran 96.64kg syabu dianggarkan bernilai RM4.83 juta menggunakan aset TUDM baru-baru ini.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Anwar dijangka membawa isu penyeludupan dadah membabitkan aset TUDM dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Jelasnya, perdana menteri mahu membincangkan kemungkinan kawalan keselamatan pintu keluar masuk negara diperluaskan ke pangkalan udara pasukan keselamatan.

Katanya, terdapat banyak pangkalan udara di seluruh negara di bawah kawalan pihak tentera, selain polis melalui pasukan gerakan udara, terdedah kepada risiko penyeludupan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.