PunchPereira begs Barca to sign BasseyCNN TürkBelediye başkanı ve başkan vekili seçimine yeni düzenlemeThe Jerusalem PostFears of espionage: Why were phones collected aboard Trump's Air Force One?한겨레국힘 김민전 “12·3 계엄이 어떻게 내란인가”…대법 판결에 반발Daily MailHow Florence Pugh became a defiant feminist voice in Hollywood after refusing to conform to stereotypes to defending her nipple-baring gowns and refusing to diet for a role - as star hits out at Ozempic and surgery claimsChannel News AsiaFor work, weekends and getaways: Festive gifts that go the distanceNew Straits TimesElephant presence raises safety concerns in Sabah's Telupid district매일경제앤트로픽 상장 성공했지만 … 증시는 ‘유동성 한파’自由時報怎麼撞的?高雄男駕車衝分隔島撞倒路燈桿趴車茫2罪送辦Seeking AlphaSunPower forecasts $61.8M Q4 revenue as it targets positive operating cash flow within next 2 quarters
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 20, 2026

KPWKM laksana kajian teliti isu, cabaran lelaki

Translate

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan Kajian Lelaki Budiman Negara (KLBN) bermula esok hingga 31 Dis ini bagi meneliti isu, keperluan serta cabaran yang dihadapi golongan itu di Malaysia.

Kementerian itu memaklumkan, kajian menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama UiTM Technoventure itu dilaksanakan sempena sambutan Hari Lelaki Sedunia dan menyasarkan 8,236 responden lelaki berusia 13 tahun ke atas dari 13 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan.

“Dapatan daripada kajian ini bakal digunakan untuk membangunkan satu instrumen khusus bagi mengukur ciri, nilai, kesejahteraan serta peranan lelaki dalam masyarakat … instrumen ini kemudian akan menjadi asas utama kepada kerajaan dalam merancang dasar, program dan intervensi pembangunan sosial yang bersesuaian.

“Pengumpulan data akan dijalankan secara bersemuka oleh Penyelidik Bersekutu bertauliah menggunakan kaedah Computer Assisted Personal Interviewing dan Computer Assisted Self-Interviewing menerusi aplikasi KoboToolBox,” kata KPWKM dalam kenyataan.

Menurut kementerian, semua penyelidik bersekutu yang dilantik akan dilengkapi uniform rasmi kajian, surat pengesahan LPPKN serta kad lanyard rasmi bagi memastikan keselamatan dan kesahihan proses pengumpulan data.

“Pengukuran kajian merangkumi lapan domain utama iaitu Fizikal, Psikologi, Sosial, Spiritual, Kemahiran Pengurusan Kehidupan, Budaya Digital, Kesetaraan Gender serta Transisi dan Kelangsungan Generasi,” katanya.

Kementerian memberi jaminan bahawa semua maklumat yang dikumpul adalah sulit, penyertaan dibuat secara sukarela dan data dilindungi mengikut etika kerahsiaan kajian.

Sehubungan dengan itu, KPWKM menyeru lelaki Malaysia yang terpilih sebagai responden supaya memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan kajian berkenaan demi memperkukuh institusi keluarga dan memupuk masyarakat harmoni.

Maklumat lanjut mengenai kajian itu boleh diperoleh menerusi portal rasmi KLBN https://lelakibudimannegara.my.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.