The Jerusalem Post‘No daylight’: Vance denies rift with Trump over Iran war, vows no ‘forever war’한겨레석달 새 충남서 발달장애 아동학대로 2명 숨져…전수조사 추진Daily MaverickPGA Tour not planning return program for ex-LIV players, CEO saysRapplerCalifornia sues OpenAI over AI models’ cyberattacks on Hugging Face, other companiesZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostSingapore seeks US talks on AI chip export rules amid Nvidia fallout, Megaspeed probeSözcüSON DAKİKA... SÖZCÜ'ye kayyum atandı! Polis binada arama yapıyor... Gözaltılar varESPN DeportesEN VIVO: Chargers con ventaja en BaltimoreBBC BusinessNvidia dismisses 'Bring Jensen Back' campaign as Trump backs effort to reinstate ex CEONew Straits TimesVeteran Etzebeth back for bruised South Africa against IrelandEl ComercioRobert Pattinson será el nuevo James Bond: ¿está en riesgo su regreso como Batman?سكاي نيوز عربيةتحقيق إسرائيل بعد "لعبة نتنياهو واتهامات آيزنكوت"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 17, 2026

Sesat dan menyesatkan

Translate

ronasina

Saya pernah menjadi guru dan mengajar bidang automotif di sekolah menengah vokasional. Seperti bidang teknologi lain, perkembangan teknologi automotif sentiasa berubah. Ada sahaja teknologi baharu diperkenalkan sehingga saya sendiri tidak terikut dengan perkembangannya yang laju.

Sebagai guru, tentulah kita wajib menguasai ilmu yang diajar. Ini menunjukkan bahawa kita adalah guru yang berwibawa. Ini akan membuatkan anak murid yakin kepada kita. Pernah ada anak murid bertanyakan suatu maklumat agak ke hadapan yang saya sendiri tidak tahu jawapannya. Saya terus mengaku yang saya belum tahu dan berjanji akan mencari jawapannya sesegera mungkin.

Bagi saya tidak ada salahnya seorang guru mengaku tidak tahu kerana guru juga manusia yang sentiasa terus belajar. Yang salah ialah apabila kita mereka-reka jawapan semata-mata kerana malu hendak mengaku tidak tahu. Lebih buruk jika kita menjawab dengan penuh yakin, sedangkan apa yang kita sampaikan itu tidak benar. Ini adalah satu pendustaan.

Prinsip saya ialah jika murid buat salah, itu namanya belajar. Tetapi jika guru mengajar sesuatu yang salah, itu bahana besar. Sebab itulah tanggungjawab seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi memastikan ilmu yang disampaikan itu benar. Jika saya tersalah faham sesuatu perkara, saya mungkin tersesat dalam pengetahuan sendiri. Tetapi apabila saya mengajarkan kesalahan itu kepada orang lain, saya sudah menyesatkan mereka.

Itu baru soal membaiki kereta, bidang yang saya ajar. Bagaimana pula jika yang mengajar itu seorang agamawan? Bagaimana jika yang bercakap itu seorang pemimpin politik yang mempunyai puluhan ribu pengikut, malah ada yang menerima setiap patah perkataannya sebagai suatu kebenaran yang tidak boleh dipersoalkan?

Baru-baru ini Presiden PAS, Hadi Awang, dilaporkan berkata dalam ceramah kempen pilihan raya di Melaka bahawa sejahat-jahat dan seburuk-buruk orang Islam yang memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam. Kenyataan itu mengundang kontroversi. Pejabat beliau kemudian menjelaskan bahawa ucapannya dipetik di luar konteks.

Menurut penjelasan tersebut, beliau sebenarnya membicarakan politik Islam yang berlandaskan dosa dan pahala, pemerintahan adil serta jaminan hak masyarakat bukan Islam. Baiklah, kita terima bahawa setiap kenyataan perlu difahami mengikut konteksnya. Tetapi persoalannya, apakah yang akan difahami oleh orang ramai apabila mendengar ungkapan sedemikian, terutama mereka yang menganggap pemimpin mereka sentiasa benar? Apatah lagi video tersebut memang jelas patah-patah bicaranya.

Ini seperti kita diajar bahawa seseorang yang beragama Islam walaupun melakukan kezaliman tetap dianggap lebih baik daripada orang bukan Islam yang berlaku adil. Begitu sekalikah ukuran keadilan sebenar dalam Islam? Bukankah kita telah belajar bahawa zalim itu lawannya adil. Tetapi, dalam konteks yang disebutkan di dalam ucapan tersebut menggambarkan maksud zalim adalah seperti membunuh, menindas dan menyiksa.

Nampaknya seperti rasuah, salahguna kuasa itu bukan salah satu ciri kezaliman. Jika tak zalim bermakna perbuatan tersebut adillah, gamaknya. Saya rasa kita tidak perlu menjadi ulama untuk memahami perkara ini. Ia bukan sesuatu yang kompleks untuk difahami. Yang membimbangkan kita ialah sikap sebahagian penyokong yang mempertahankan apa sahaja kenyataan pemimpin mereka. Sebab itu saya fikir ucapan yang menanam sentimen kebencian ini amat berbahaya dan kesannya berantai.

Memberikan pemahaman sesat ini bukan hanya berlaku dalam parti berideologikan agama. Dalam mana-mana parti politik pun ada penyokong yang terlalu taasub sehingga taat membuta tuli. Bezanya, apabila politik dibungkus dengan agama, kesannya boleh menjadi lebih rumit. Kritikan kita terhadap pemimpin atau parti politik yang membawa ideologi agama ini boleh disalahertikan sebagai serangan terhadap agama. Kita pula nanti yang digelar jahil, munafik dan pengkhianat.

Ajaran atau fatwa begitu boleh membuatkan seorang penyokong pulang ke rumah dengan kefahaman bahawa orang bukan Islam, walau sebaik mana sekalipun, tetap lebih zalim daripada orang Islam yang jahat. Dia kemudian menyebarkan kefahaman itu kepada anak isterinya. Tak ke haru? Dalam sejarah Islam, Raja Najasyi di Habsyah sangat baik dan adil, memberikan perlindungan kepada rombongan Jaafar bin Abi Talib yang berhijrah ke sana akibat dizalimi di Quraisy. Raja Najasyi ketika itu beragama Kristian, tetapi menurut riwayat kemudiannya memeluk Islam. Pastilah tersentuh dengan bicara Jaafar bin Abi Talib yang berhemah dan dakwah lembutnya ketika membacakan kisah Nabi Isa dalam surah Maryam. Kalau keras sahaja bicaranya, dengan menghakimi terus orang bukan Islam akan masuk neraka pastilah tak akan ke mana. Tak ada siapa yang akan mahu melindungi atau berbaik dengan kita.

Kita boleh bersangka baik, husnuzon atau tabayyun. Mungkin kenyataan tersebut mempunyai maksud lain tetapi sebagai pemimpin, dalam bercakap mestilah mempunyai ciri bijaksana (fatanah) supaya pengikut tak tersalah faham. Bukan semua pendengar mampu memahami kiasan, konteks sejarah atau perbahasan agama yang rumit. Ada yang mengambil ungkapan secara harfiah lalu menjadikannya pegangan hidup.

Dalam masyarakat berbilang agama seperti Malaysia, kesilapan menyampaikan sesuatu perkara boleh menimbulkan prasangka, mengeruhkan hubungan sesama rakyat dan akhirnya mencetuskan ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku.

Saya teringat kembali pengalaman mengajar automotif dahulu. Kalau saya tidak pasti tentang sesuatu sistem, saya boleh membuka buku rujukan, mendapatkan penjelasan daripada rakan sejawat atau meminta masa untuk mempelajarinya. Kita tidak akan kehilangan kewibawaan hanya kerana mengaku tidak tahu. Begitu juga pemimpin dan agamawan. Tidak ada salahnya memperjelaskan, membetulkan atau menarik balik kenyataan apabila timbul kekeliruan. Itu bukan tanda kelemahan, sebaliknya tanggungjawab terhadap orang yang mempercayai mereka. Tak guna bercakap pasal tawaduk dan amanah jika terus bersikap angkuh dan sarat kebencian.

Kita harus tolak politik kebencian. Dalam surah al-Maidah ayat 8, Allah mengingatkan orang beriman supaya berlaku adil dan jangan sekali-kali kebencian terhadap sesuatu kaum mendorong mereka berlaku tidak adil. Ini menunjukkan bahawa keadilan mesti ditegakkan tanpa mengira siapa yang kita suka atau benci. Takkan tak baca ayat ini?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.