PunchMorning recap: State police bill, Tinubu’s rescue order, minimum wage talks, other top storiesInquirerUST graduate from Calapan City tops 2026 Physician Licensure ExamESPN DeportesSolari: "Si en 15 años no se logró, hay que cambiar las cosas"El ComercioMTC plantea reducir la TUUA de transferencia internacional en “no menos del 50%” en el aeropuerto Jorge Chávez한겨레‘한대음 올해의 음반’ 단편선 순간들, 정규 2집 ‘연인들’ 발표CNN Türkİspanya Başbakanı Sanchez'e soruşturma açıldıSky TG24Milano Wine Week 2026: date, programma, ospiti ed eventiالنهارالانتخابات النصفية تقترب... ترامب وما بعد القلق الكبيرIl Fatto Quotidiano“Chi ha chiamato i carabinieri a scuola? Nessuna minaccia”: gli studenti del Fantini di Vergato replicano alla presideZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFDaily MailElon Musk unveils flying car: Crowd screams as new Tesla with rocket thrusters takes off and flips mid-airSözcüDenizin ortasına binlerce metro vagonu bıraktılar
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Pemimpin DAP soal pendirian KJ berkait 47 pertuduhan Zahid

Translate

Seorang pemimpin DAP mencabar Khairy Jamaluddin menyatakan pendiriannya berhubung 47 pertuduhan terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi yang dihentikan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan sama ada Khairy berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban yang sama apabila melibatkan sekutu politiknya.

Ia susulan kenyataan bekas ketua Pemuda Umno itu bahawa salah laku tidak seharusnya dipertahankan, termasuk jika membabitkan pemimpin parti sendiri.

Sheikh Umar memuji pendirian Khairy itu, namun mempersoalkan sama ada bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan mengambil sikap sama terhadap pertuduhan yang pernah dihadapi Zahid, yang juga timbalan perdana menteri.

Dalam hantaran di Facebook, Ahli Dewan Negara itu berkata tindakan Khairy sebelum ini mempertahankan bekas perdana menteri Najib Razak ketika tercetusnya skandal 1MDB menimbulkan persoalan mengenai konsistensi pendiriannya.

Beliau berkata Khairy hanya menjadi lebih lantang mengkritik Najib selepas Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum 2018.

“Sekarang elok juga KJ jawab soalan saya. Apa pendirian beliau mengenai kes melibatkan Zahid?” katanya.

Sheikh Umar berkata Khairy perlu menjelaskan pendiriannya supaya tidak dilihat sebagai individu yang mengubah prinsip mengikut kepentingan peribadi atau politik.

Khairy pada International Young Future Leaders Summit, Selasa lalu berkata salah laku tidak boleh sesekali dipertahankan, walaupun melibatkan pemimpin Umno.

Bekas menteri itu berkata kesetiaan politik tidak seharusnya mengatasi integriti, sambil menegaskan dakwaan salah laku dan salah urus perlu ditangani.

Beliau menjawab soalan seorang pelajar berhubung kebimbangan mengenai rasuah serta sumbangan dan sokongan orang ramai kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang kini dipenjarakan.

Zahid sebelum ini berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi, malah pernah diperintahkan membela diri.

Pada September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikannya pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) sementara menunggu siasatan lanjut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pada Januari, Jabatan Peguam Negara berkata kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.