ESPNSullivan, 17, becomes youngest USMNT scorer with stunner vs. MexicoESPN DeportesEN VIVO: Tala Rangel entierra las opciones de México por la remontadaEl ComercioJhon Atachagua va por su revancha en la ASICS Golden Run: “El año pasado quedé en segundo lugar, ahora quiero la medalla de oro”매일경제외국인 지난달 코스피서 20조 매도에…삼전닉스 외인 비중 연중 최저로ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostNew AI laws should target data governance, safety to build public confidence: expertsBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 04-10-2026경향신문연근은 조림만? 제철 연근, 아삭하게 먹는 법Rappler[Vantage Point] The road to plenty: Four titans and the battle for the Santa Rosa pesoالنهارأسلحة الليزر في الدفاع الجوي الخليجي... حسنات وعوائقScreen RantAbsolute Green Lantern Just Set Up The Return Of DC's Most Surreal SuperheroNew Straits TimesBosnia votes as wartime divides drive campaigns
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 4, 2026

Kelemahan parti disebalik ketidakpastian pakatan di Melaka, kata penganalisis

Translate

Parti-parti politik semakin cenderung ke arah kerjasama pilihan raya kerana kurangnya keyakinan terhadap kekuatan masing-masing tetapi kenyataan bercanggah mengenai rakan kerjasama boleh menyebabkan risiko pengundi keliru siapakah yang perlu mereka sokong, kata penganalisis.

Penganalisis beri amaran bahawa masalah sama boleh menjadi lebih ketara pada PRU16, apabila tiada parti dijangka mampu memperoleh majoriti, menyebabkan pakatan perlu dibentuk sebelum parti memuktamadkan cara mereka mahu mentadbir bersama.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata hampir setiap parti kini berdepan batasan dari segi pengaruh geografi, segmen pengundi dan keupayaan untuk menang secara mutlak dalam pilihan raya.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

“Kerjasama politik hari ini bukan semata-mata tentang persamaan ideologi, tetapi juga strategi untuk mengelakkan pertembungan antara parti dan perpecahan undi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata inilah sebabnya parti-parti sedang meneroka pelbagai bentuk kerjasama, walaupun cabarannya adalah untuk mengimbangi keuntungan pilihan raya dengan risiko setiap gabungan atau parti kehilangan identiti dan asas sokongan tradisi masing-masing.

Katanya, dilema itu sudah pun ketara di Melaka, apabila Pakatan Harapan (PH) memberikan kenyataan yang bercanggah mengenai kemungkinan kerjasama.

Pada 29 Sept, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata PH tidak berhasrat bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN), tetapi Ketua Amanah Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat kemudiannya berkata gabungan itu tidak menutup pintu kepada BN atau Bersatu.

BN juga masih membuka pilihan dengan Pengerusinya Zahid Hamidi sebelum ini berkata gabungan itu bersedia melanjutkan kerjasamanya dengan PN ke Melaka, manakala Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki kemudiannya menambah bahawa BN masih membuka pintu kepada semua parti, termasuk PH.

Sementara itu, Bersatu pula berkata parti itu tidak akan menyertai mana-mana pakatan bagi PRN Melaka, termasuk dengan PH.

Tawfik berkata kenyataan bercanggah daripada pemimpin politik berisiko mewujudkan tiga persepsi dalam kalangan pengundi: parti tidak mempunyai hala tuju yang jelas, keputusan didorong terutamanya oleh rundingan golongan elit, dan pendirian hari ini mungkin berubah esok.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata kerjasama tidak seharusnya dianggap sebagai soal kerusi semata-mata, kerana setiap parti mempunyai rekod dan beban masing-masing.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

“Sebuah parti bukan sekadar membawa logo. Parti itu turut membawa sejarah, rekod pentadbiran, rekod prestasi kepimpinan, kontroversi dan persepsi pengundi.

“Sebagai contoh, mana-mana pihak yang bekerjasama dengan BN mungkin mendapat manfaat daripada pengalaman pentadbirannya, tetapi mungkin juga perlu berdepan persoalan mengenai integriti dan persepsi terhadap pengurusan institusi yang terus membelenggu parti itu,” katanya.

Zaharuddin berkata semakin ramai pengundi mempersoalkan bukan sahaja siapa calon mereka, tetapi juga pakatan yang mungkin dijalin parti mereka selepas pilihan raya.

“Pengundi semakin kerap bertanya, ‘Jika saya mengundi parti ini, dengan siapa mereka akan duduk bersama selepas keputusan diumumkan?’” katanya.

Zaharuddin berkata pengiraan kerusi mungkin menentukan pihak yang mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan, tetapi bukan cara kerajaan itu ditadbir.

Tawfik berkata cabaran selepas PRU16 adalah sama ada parti-parti mampu bergerak melangkaui ‘gabungan berdasarkan angka’ kepada ‘gabungan berasaskan tujuan’.

Kedua-dua penganalisis berkata pertikaian boleh timbul selepas kerajaan dibentuk, khususnya berhubung pembahagian jawatan, dasar ekonomi, isu identiti, hubungan persekutuan-negeri dan perkara yang menjadi teras identiti setiap parti.

Bagi pengundi, kata mereka, isu itu bukan lagi sekadar siapa yang menang di Melaka, tetapi sama ada parti mampu menjelaskan mengapa mereka bergabung, dengan siapa mereka bekerjasama dan jenis kerajaan yang bakal dibentuk hasil kerjasama itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.