ESPNFollow live: Stevenson dances through defenders for 48-yard Pats TD as time expires in first half to cut deficitESPN DeportesMaxey lidera la remontada de 29 puntos de 76ersPunchMistrust threatens community policing, ex-DIG warnsThe Jerusalem PostFormer hostage Elkana Bohbot recalls how faith, family helped him survive Hamas captivityCNN TürkDüzce'de konfeksiyon atölyesinde çıkan yangın söndürüldüInquirerSandiganbayan OKs withdrawal of Safe Spaces Act case vs Army colonel한겨레카드·캐피탈사 ‘부동산 쏠림’ 막는다…부동산·건설 대출 각 30% 한도 신설BBC 中文颱風薔琵逼近 台灣大部分縣市停班停課ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFColliderA24 Gives 2026's Biggest Surprise Hit Additional Theaters After Phenomenal Box-Office Debut
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 23, 2026

Bersatu sukar bentuk ‘PN baharu’ setanding tanpa PAS, kata penganalisis

Translate

Bersatu akan sukar mengulangi pencapaian Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya lalu tanpa PAS, sekalipun dengan gagasan dan hala tuju baharu serta komposisi majmuk, menurut penganalisis.

Tawfik Yaakub daripada Universiti Malaya berkata selama ini ‘Perikatan Nasional’ adalah jenama yang disokong kekuatan akar umbi dan jentera PAS, serta pengaruh pemimpin parti itu.

“Jenama PN mungkin boleh dihidupkan semula, tetapi kekuatan politik yang dibina bersama PAS tidak semestinya dapat diwarisi secara automatik,” katanya kepada FMT.

Tawfik mengulas kenyataan pengasas bersama Bersatu, Redzuan Yusof, yang tidak menolak kemungkinan Bersatu mengambil inisiatif untuk membentuk semula ‘Perikatan Nasional’ menerusi Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), yang menurutnya berpotensi dijenamakan semula sebagai PN.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

Dipengerusikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, IPR merupakan gabungan longgar parti-parti pembangkang.

Ketika pelancarannya, IPR menghimpunkan pemimpin daripada PN serta parti-parti kecil seperti Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman); Parti Kemajuan Malaysia (MAP) dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai); dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Kemungkinan yang disuarakan Redzuan itu menyusuli tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran PN, ekoran aduan Bersatu yang menurut Setiausaha Agungnya Mohamed Azmin Ali berkenaan pelanggaran perlembagaan PN oleh kepimpinan baharu PN.

Perkembangan ini berlatarkan perselisihan antara Bersatu dan PAS.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan PN untuk menggantung pelaksanaan keputusan JPPM itu.

Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menjangkakan perebutan yang sengit antara Bersatu dan PAS untuk jenama PN.

“Kalau betul ini berlaku akan menjadi masalah dan perebutan dengan PAS kerana PAS pula mengharapkan nama PN itu dapat menarik sokongan bukan Melayu,” katanya kepada FMT.

Syaza Shukri

Syaza Shukri.

Syaza percaya Bersatu cenderung kepada jenama PN memandangkan pembina jenama IPR dalam kalangan pengundi akan memerlukan masa, sedangkan ia perlu bersedia menghadapi pilihan raya akan datang.

Tawfik pula melihat IPR sebagai alternatif untuk Bersatu membina platform yang lebih inklusif dan merentasi kaum. “IPR masih belum mempunyai pengaruh politik, kekuatan organisasi dan tahap pengenalan jenama yang sama seperti PN.”

“Kewujudan parti yang mewakili pelbagai komuniti juga tidak menjamin sokongan pengundi bukan Melayu secara automatik,” katanya.

Sekiranya Bersatu berjaya mengambil jenama PN, ia perlu membuktikan PN masih mempunyai sokongan rakyat, jentera, dan kepimpinan yang mampu menyatukan parti komponen, tanpa PAS.

“Isu utamanya bukan sekadar sama ada Bersatu boleh menggunakan semula jenama PN, tetapi sama ada pengundi masih menerima identiti politik tersebut apabila komposisi gabungannya sudah berubah,” kata Tawfik.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.