PunchNDLEA intercepts N3.4bn drugs, arrests fake cop, mechanicDaily MaverickSOCCER: Ahead of the game: How Safa chief Danny Jordaan keeps iron grip on powerInquirerPeñafrancia procession in Naga draws 1.2 million, ends peacefullyThe Jerusalem PostEl-Sayed visits Jewish Michiganders for Rosh Hashanah meal after accusations of antisemitismוואלהרצח ושיבוש הליכי משפט: כתב אישום נגד שני תושבי מזרח ירושליםCNN Türk‘Daha 17’ benim için aile demek’Antara NewsTNI Chief urges inter-agency collaboration to address Papua conflict경향신문‘팔레스타인 해방’ 논란에 입 연 에드 시런 “가자지구 상황은 재앙”Wirtualna PolskaWojna z NATO to wyrok dla Putina? Słowa Sikorskiego pod lupąInteriaRekordowa wygrana w Lotto. Bajońska suma trafi na konto zwycięzcySportstarAsian Games LIVE, September 20: India wins two silver in shooting; India reaches women's cricket final; India beats Singapore in table tennis — Latest scores and newsRai NewsFenix, a Roma la premier Meloni ai giovani di Fratelli d'Italia: "Immensamente fiera di voi"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

BAeK PTPTN: 1,254 pelajar terima manfaat libat peruntukan RM20.87 juta

Translate

Sebanyak 1,254 pelajar di seluruh negara menerima manfaat Biasiswa Anak eKasih (BAeK) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan RM20.87 juta sejak inisiatif itu dimulakan pada 1 Jan hingga 31 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, berkata inisiatif yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2026 itu menyasarkan 10,000 pelajar secara keseluruhan di seluruh negara untuk menerima pembiayaan penuh pendidikan, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih.

“Pada asalnya kita buat untuk pelajar baharu, tetapi dengan melihat kembali unjuran dan maklumat sedia ada, kita mula kembangkan juga kepada pelajar yang sudah pun mengikuti pengajian untuk satu tempoh masa dan masih berbaki lagi pengajian tetapi layak menerima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi penyerahan BAeK PTPTN yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi PTPTN Mastura Mohd Khalid di Ayer Keroh.

Adam Adli berkata, peluasan itu membolehkan pelajar yang telah mengikuti pengajian dan masih mempunyai baki tempoh pengajian turut dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

Beliau berkata antara penerima di Melaka hari ini ialah Nurul Shahira Dharmadeydjaya, 22, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang sains persekitaran yang kini berada di semester ketiga.

Katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM210 juta bagi pelaksanaan inisiatif itu tahun ini, selain menyasarkan 3,000 pelajar orang kurang upaya (OKU), menjadikan keseluruhan sasaran pendaftaran atau kemasukan pelajar yang ditanggung menerusi biasiswa sebanyak 13,000 orang.

Sementara itu, Mastura berkata pelajar perlu terlebih dahulu memohon pinjaman PTPTN sebelum semakan silang dibuat dengan pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Beliau berkata, pelajar yang dikenal pasti tergolong dalam keluarga penerima bantuan ICU JPM akan ditawarkan biasiswa berkenaan, berdasarkan semakan maklumat yang dibuat oleh PTPTN.

Pelaksanaan BAeK PTPTN, katanya merupakan antara usaha kerajaan memastikan pelajar yang layak tidak tercicir daripada melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) akibat kekangan kewangan.

Pada sesi penyerahan BAeK PTPTN di Melaka hari ini, Adam Adli menyerahkan biasiswa berkenaan kepada empat pelajar daripada UKM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Politeknik Melaka.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.