ESPNFollow live: Brewers in control with NLCS matchup vs. Dodgers in sightDaily MaverickAt least 28 killed in Ukraine, Zelenskiy condemns one of Russia’s most ‘vile strikes’ESPN DeportesRays, a Serie de Campeonato por tercera vez; Yankees, fueraBollywood HungamaShraddha Kapoor, Shakti Kapoor lease Mumbai apartment for Rs 2.5 lakhs monthly rent: ReportInquirerSpeaker Dy hails approval of OFW financial education billSCMP ChinaUS wraps up military mission in Iraq, giving Baghdad room to strengthen China tiesUOLSite distribui criptomoedas em troca de divulgação de conteúdo que incentiva voto em Flávio BolsonaroBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 08-10-2026ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVarietyDanny and Oxide Pang’s Josie Ho-Starring Supernatural Thriller ‘The Mage’ Sets Busan Market Debut With Abnormal Studios (EXCLUSIVE)CBS NewsIsaias becomes first hurricane of 2026 Atlantic season, threatens Gulf CoastSRF NewsKrieg im Nahen Osten – Saudi-Arabien meldet Vergeltungsangriffe auf Huthi-Stellungen
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 8, 2026

PRN Melaka: Bersatu mahu tunjuk tak terdesak tapi laluan solo sukar, kata penganalisis

Translate

Keputusan Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN Melaka dilihat sebagai usaha menunjukkan parti itu tidak terdesak mencari rakan dan menumpang kekuatannya, kata penganalisis.

Namun Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjangkakan laluan parti yang dilihat semakin tersisih dari Perikatan Nasional (PN) itu mungkin sukar berdasarkan pengalamannya di Negeri Sembilan.

PRN berlangsung Ogos lalu itu menyaksikan Bersatu kalah di semua 24 kerusi ditandinginya.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata pengumuman Bersatu menunjukkan parti itu bersedia menghadapi pilihan raya walaupun tanpa kerjasama secara rasmi dengan mana-mana pihak.

mazlan ali

Mazlan Ali.

“Langkah ini nampak berani dan berhati-hati, tidak gopoh membuat kerjasama serta tidak nampak seperti terhegeh-hegeh mahu bekerjasama.

“Tetapi saya jangka sukar untuk menang kerana Bersatu akan berdepan PAS dan Umno di kawasan Melayu,” katanya kepada FMT mengulas.

Isnin lalu, Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali mengesahkan akan menyertai PRN Melaka dengan menggunakan logo sendiri.

Parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu juga sedia membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama bagi berdepan pilihan raya berkenaan, walaupun sebelum ini menolak berbuat demikian.

PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada Jun lalu, sekali gus menambahkan lagi ketegangan hubungan dalam PN.

Bersatu sejak itu dikaitkan dengan spekulasi mengenai kemungkinan membentuk pakatan dengan Pakatan Harapan (PH), khususnya selepas pemimpin bahagian parti mereka di Melaka mengadakan jamuan makan malam pada bulan lalu.

Mazlan berkata dalam keadaan semasa, PH dilihat sebagai pilihan kerjasama paling munasabah untuk Bersatu memandangkan PAS dan Umno tidak mungkin menjadi rakan parti itu.

Syaza Shukri

Syaza Shukri.

“Sudah pasti Bersatu tidak diterima PAS dan Umno. Kalau dengan parti kecil seperti Putra atau Berjasa, ia tidak akan membawa ke mana-mana,” katanya.

Syaza Shukri pula berkata penggunaan logo sendiri mempunyai cabaran tersendiri kerana pengundi kurang terdedah kepada logo Bersatu selepas parti itu sebelum ini bertanding menggunakan lambang gabungan seperti PH dan PN.

Ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu turut kurang pasti sama ada kerjasama Bersatu-PH atau mampu memberi saingan kuat kepada aturan BN-PN di Melaka.

“Kerjasama itu mungkin tidak cukup kuat untuk mengatasi BN-PN, tetapi berpotensi mengurangkan majoriti kemenangan lawan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.