ESPN DeportesRays arma rally tras error e iguala serie a GuardiansInquirerHouse bill renews Cebu Pacific franchise for 50 yearsThe Jerusalem PostFemale IDF officer denied entry to Haredi military base because of gender, IDF saysESPNUSWNT's never-say-die DNA on full display in rally for draw with SpainDaily MaverickIsle of Wight fossil sheds light on enigmatic meat-eating dinosaursPunchEguavoen wants Falcons focus on LA 2028 gold한겨레선관위특검, 중선관위 등 5곳 압수수색…선거용품 업체와 유착 혐의ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSportstarRanji Trophy LIVE score today: Karnataka, Tamil Nadu in with a chance; Delhi, Kerala on the backfootThe Hollywood ReporterBen Affleck Calls Filming ‘Justice League’ a “Low Point” in His Career: “About as Gross as It Gets”Daily MailFour out of five new jobs went to foreigners in the past decade, new report revealsسكاي نيوز عربيةمسؤولان: طهران تغير أسلوب استهداف السفن تزامنا مع الانتخابات
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 14, 2026

Jangan salahkan UNHCR atas kegagalan kerajaan urus pelarian, menteri diberitahu

Translate

Pengerusi Urimai, P Ramasamy, mengkritik Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, kerana mendakwa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) merupakan ‘punca utama’ Malaysia bergelut menguruskan komuniti pelarian.

Ramasamy berkata walaupun sistem permohonan dalam talian UNHCR mungkin bermasalah, sistem itu bukan punca utama masalah berkaitan pelarian di Malaysia.

Katanya, masalah sebenar ialah ketiadaan kerangka perundangan dan pentadbiran negara yang lebih menyeluruh untuk mengurus pelarian dan pemohon suaka dengan berkesan.

“Kegagalan Malaysia meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 menyukarkan usaha membangunkan dan mengekalkan kerangka perundangan negara yang menyeluruh untuk mengurus ketibaan dan keberadaan pelarian, di samping membezakan mereka daripada kategori migran yang lain.

“Dalam keadaan ini, sistem pendaftaran dalam talian UNHCR menjadi mekanisme pentadbiran penting untuk menentukan status pelarian dan membezakan pemohon suaka yang tulen daripada mereka yang mungkin menggunakan sistem itu bagi tujuan migrasi ekonomi,” katanya di Facebook.

Semalam, Saifuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa sistem pendaftaran dalam talian UNHCR membolehkan warga asing memohon status pelarian dari luar negara dan memasuki Malaysia sementara permohonan mereka masih diproses.

Ramasamy berkata Saifuddin memilih jalan mudah dengan menyalahkan UNHCR, sedangkan punca utama masalah itu jauh lebih mendalam.

Beliau berkata kewujudan kerangka perundangan akan melengkapi usaha UNHCR untuk mendaftarkan, mengesahkan dan mengurus pelarian.

Katanya, kerangka itu juga akan membantu mengimbangi penguatkuasaan dengan tanggungjawab kemanusiaan, di samping menentukan penyelesaian yang sesuai dan sah di sisi undang-undang bagi pelarian yang tidak boleh terus tinggal di negara ini.

Tambahnya, Malaysia masih banyak bergantung pada maklumat daripada agensi PBB itu untuk tujuan pengesahan dan penguatkuasaan.

“Agensi itu tidak selalu diberikan pengiktirafan dan kedudukan institusi yang diperlukan untuk membantu menangani masalah rumit yang dihadapi kerajaan.”

Bekas Adun Perai itu turut berkata Putrajaya mesti mengakui isu sebenar yang dihadapi dan bertanya sama ada kerajaan mempunyai iltizam politik untuk membangunkan penyelesaian berkekalan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.