The Jerusalem PostWhite House confirms Trump-Xi-Putin trilateral summit in China, Iran and nuclear arms on agendaPunchEx-Lagos civil servant found dead in UK homeZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioInquirer EntertainmentJohn Lloyd Cruz, son Elias share screen in new ad; Ellen Adarna expresses supportThe Straits TimesOver 600 personnel take part in multi-agency exercise at RTS Link Woodlands North stationCapital FMUS flights allowed to take off again as nationwide ground stop lifted but delays expectedBBC News BrasilEUA voltam a autorizar decolagens após horas de suspensão por problema em sistema de comunicação: o que se sabeسكاي نيوز عربيةبالفيديو.. إنقاذ العشرات بعد اصطدام ناقلة نفط بسفينة سياحيةDaily MailBody is found in marshland in search for missing bride-to-be, 29, two weeks after she vanished from her homeGlobo EsporteLuisa Stefani e Dabrowski avançam invictas à semifinal no WTA FinalsSeeking AlphaLoma Negra GAAP EPS of Arg$26.07, revenue of Arg$270.1BTagesschauFAA hebt Startverbot an US-Flughäfen wieder auf
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Penganalisis ingatkan Umno jangan anggap ‘tongkat’ PAS kekuatan sendiri

Translate

Cadangan Presiden Umno Zahid Hamidi supaya Parlimen dibubarkan berbanding merombak Kabinet dikhuatiri memakan diri jika parti itu tersalah anggap kerjasama dengan PAS sebagai kekuatannya sendiri, menurut penganalisis.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri sebelum ini berkata, lebih baik Parlimen dibubarkan bagi memberi mandat baharu kepada rakyat sebelum Jemaah Menteri baharu dibentuk, susulan spekulasi rombakan Kabinet.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting berkata, momentum politik yang dinikmati Umno, khususnya menjelang PRN Melaka tidak semestinya mencerminkan kebangkitan sebenar parti itu kerana sebahagiannya mungkin berpunca daripada kerjasama dengan PAS.

“Jangan sampai yang meminjam tongkat menyangka dirinya sudah mampu berlari. Hakikatnya, Umno belum benar-benar membuktikan kemampuan untuk berdiri sendiri tanpa sokongan rakan politik,” katanya kepada FMT.

Beliau menyorot keputusan PRU15 apabila Barisan Nasional (BN) hanya menang 30 kerusi Parlimen berbanding 79 pada PRU14, sekali gus mempersoalkan sejauh mana parti itu berjaya memulihkan sokongan pengundi muda dan pengundi Melayu yang beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

“Menang di Melaka, sekiranya berlaku, bukan lesen automatik untuk menang di seluruh Malaysia,” katanya, sambil menegaskan setiap negeri mempunyai demografi, sentimen dan persaingan politik berbeza.

“Umno perlu bertanya satu soalan yang mungkin tidak menyenangkan pemimpinnya. Jika PAS menarik balik sokongan atau memilih haluan sendiri, berapa banyak kerusi yang Umno benar-benar mampu menang?,” soalnya.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Sementara itu, Mazlan Ali berkata keyakinan Zahid untuk mempercepatkan PRU16 didorong momentum kemenangan di Johor dan Negeri Sembilan serta keyakinan untuk menang di Melaka melalui kerjasama dengan PAS.

Namun, ahli akademik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berpandangan, Umno sebenarnya belum benar-benar bersedia menghadapi pilihan raya umum.

“Bagi saya, bergantung sepenuhnya kepada PAS merupakan satu pertaruhan kerana PAS juga mengambil kira untung rugi politik dalam setiap keputusan,” katanya.

Mazlan berkata, cabaran terbesar kerjasama kedua-dua parti ialah pembahagian kerusi, khususnya di negeri SG4 (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis) apabila PAS mahu mempertahankan kawasan dimenanginya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada parti itu sanggup menyerahkan kerusi berkenaan kepada Umno kerana berisiko tidak mendapatkannya semula.

Menurutnya, kajian sebelum ini juga mendapati PAS lebih berpengaruh berbanding Umno di Selangor.

“Jadi, Umno wajar pertimbang kerjasama dengan pihak lain termasuk Pakatan Harapan (PH)…lebih mudah dari segi rundingan kerusi kerana PH lebih tumpu kawasan bandar dan campuran.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.