ESPN DeportesQué retos enfrentan Giannis y el Heat en la nueva temporadaESPNChampions League talking points: What to make of the Man United messThe Jerusalem Post'Sheep in the Box': A pointless, sweet story of grief, robots - reviewInquirer9 hurt after fire breaks out during Buglasan Festival in Dumaguete한겨레김민석, 유시민에 “금도 지키며 비판했으면 좋겠다”매일경제헤지가 이렇게 중요합니다…석달새 수익률 10% 운명 갈린 해외ETFUOLPichações expõem tensão em colégio cívico-militar do PR após caso de câmera em banheiroZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRapplerDFA to China embassy: Escalatory, undiplomatic posts not helping bilateral ties경향신문이주배경 고교생 4년 새 2배 늘었는데···8개 시·도 한국어학급 ‘0’Daily MailShocking TV show exposes how Brits failed to speak up when shown around a care home... run to NAZI idealsObservador DesportoAs notícias das 2h
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 22, 2026

Mitra gagal bantu masyarakat India terpinggir, kata penulis

Translate

Masyarakat India terpinggir, khususnya pekerja ladang, terus tercicir daripada program kerajaan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup komuniti itu meskipun jutaan ringgit diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), dakwa seorang penulis.

Janakey Raman Manickam.

Janakey Raman Manickam, 78, dalam buku terbarunya, Malaysian Indians: Impact and Pain: Narration of an Unending Saga of a Marginalised Community, mempersoalkan bagaimana Mitra boleh mendakwa telah meningkatkan taraf hidup masyarakat itu sedangkan ramai dalam kalangan mereka yang paling terdedah kepada kesusahan terus diketepikan.

“Golongan masyarakat India yang terdedah kepada kesusahan dan lemah ini tidak pernah menjadi sebahagian daripada Sedic atau Mitra,” tulisnya, merujuk kepada Sedic, unit kerajaan terdahulu yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

“Bagaimana perkara sebesar ini boleh terlepas pandang ketika merangka pelan tindakan afirmatif dan mendakwa pelan itu akan menjangkau semua masyarakat India?”

Janakey, yang pernah membantu keluarganya menoreh getah sebelum bekerja sebagai buruh kasar, telah menghabiskan berpuluh-puluh tahun mendokumentasikan sejarah serta perjuangan masyarakat India di Malaysia.

Beliau turut terlibat dalam kerja kemasyarakatan dan penulisan, dengan menerbitkan The Malaysian Indian Dilemma pada 2009 serta The Malaysian Indian: Forgotten History of the Colonial Era: Sweat, Blood and Tears pada 2016.

Buku terbaharunya setebal 500 halaman yang dilancarkan bulan ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Dalam buku itu, Janakey mendakwa tujuan asal Mitra telah terjejas akibat campur tangan pertubuhan politik, ahli politik tidak bertanggungjawab dan pegawai pentadbiran yang diragui integritinya.

“Jutaan ringgit yang diperuntukkan kepada Mitra dibelanjakan untuk pelbagai pertubuhan dan perusahaan perniagaan yang tidak pernah memberikan manfaat kepada masyarakat,” tulisnya.

Beliau berkata ramai pelajar India bergelut untuk membayar yuran pengajian tinggi, usahawan gagal mendapatkan pinjaman perniagaan manakala sebahagian yang lain terus menganggur meskipun Mitra menerima peruntukan tahunan RM100 juta.

“Mengapa Mitra tidak sampai kepada mereka untuk membantu?” soalnya.

Janakey turut mempersoalkan keberkesanan program latihan yang dibiayai Mitra, dengan memberikan contoh kursus pendandan rambut selama 21 hari yang menelan belanja RM94,089.60 untuk 30 peserta di Batu Caves pada 2022.

“Pada akhir latihan, peserta diberikan sijil. Namun, sijil itu tidak menyatakan apa yang diperoleh oleh 30 peserta berkenaan selepas mengikuti latihan tersebut,” tulisnya.

Beliau turut menyebut program latihan seni kuku selama lima hari yang menelan belanja RM187,940 untuk 125 peserta di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sambil menyatakan beliau tidak pasti sama ada program itu berjaya dilaksanakan.

Janakey berkata pertukaran kepimpinan Mitra tidak membawa banyak perubahan.

“Pada pandangan saya, tiada perubahan ketara berlaku dalam Mitra. Individu yang terlibat dalam unit itu sahaja yang berubah,” tulisnya.

“Masyarakat India di negara ini bukannya mudah diperdaya!”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.