ESPN DeportesEstados Unidos se queda con la victoria en el juego amistoso contra CanadáPunchFG clears N758bn pension arrears, 957,045 benefitInquirerBohol crop losses climb to P173-M as drought worsenESPNFollow live: Brewers, Padres battling in tight NLDS Game 3The Jerusalem PostMali troops re-enter strategic northern town in years-long fight against insurgentsRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara DuterteUOLHouthis atacam aeroporto de Aden, no Iêmen, com drones e mísseis, diz imprensa estatalZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesPBAPP plans hybrid strategy to reduce Penang's reliance on Sungai Muda20 MinutenNews-Scout entdeckt Drei-Meter-Koloss am StrandObservador DesportoAs notícias das 4hBBC عربيالتحالف السعودي يتتبع منصة إطلاق صواريخ في صنعاء تمهيداً لتدميرها
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

F1 dan Sepang

Translate

Mohsin Abdullah

Ahad lalu sebelum bermulanya Grand Prix Bahrain di Sepang, pengulas Sky Sports Martin Brundle bertanya PMX kemungkinan Malaysia menganjurkan semula perlumbaan F1 pada masa depan. Umum tahu kali terakhir perlumbaan itu dianjurkan Malaysia di litar Sepang ialah pada 2017. Nine long years ago.

“Itu harapan saya. Kami sedang berbincang,” jawab Anwar Ibrahim. Meskipun jawapan perdana menteri ringkas, ia menggembirakan ramai yang berharap F1 akan kembali ke Sepang.

‘Ramai’ yang saya maksudkan termasuk pemandu F1 sendiri, tentunya peminat dalam dan luar negara serta pengulas sukan termasuk Brundle yang merupakan bekas pemandu F1. Kesimpulannya mereka merindui Sepang. Dengan GP Bahrain diadakan dengan jayanya dan penuh drama Ahad lalu, their calls are getting louder.

Bagaimanapun seperti yang pernah dikata oleh CEO Sepang International Circuit Azhan Shafriman Hanif, “apabila kita lepaskan Formula 1 ia sangat sukar untuk dapatkan semula”. Apa tidaknya. Kalendar tahunan F1 mempunyai had bilangan perlumbaan yang ketat. Apabila Malaysia melepaskan slotnya, banyak negara seluruh dunia masuk queue dan bersaing untuk merebut slot yang ditinggalkan. Oleh itu jika Malaysia serius mahu membawa F1 kembali ke Sepang, negara terpaksa masuk a long waiting list, di samping mengambil kira faktor kos yang amat tinggi dan kos-kos lain yang meningkat. This is stating the obvious, tak perlulah dihuraikan.

Oleh kerana F1 dan Sepang sedang rancak diperkatakan ramai, mari imbau kembali persoalan Malaysia lepaskan F1 in the first place. Kata Najib Razak, waktu itu memegang jawatan perdana menteri, kerajaan beliau terpaksa menamatkan kontrak penganjuran mulai 2018 berikutan pulangan menurun kepada negara berbanding 1999.

“Kerajaan terpaksa tanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun tetapi pulangan semakin berkurangan termasuk dari segi penonton dan jumlah pelancong asing,” kata Najib dipetik media waktu itu. Rasanya ramai masih ingat kata-kata itu. Dalam bahasa mudah: berniaga tak untung.

Tentunya ramai juga yang ingat (kalau lupa sila buat carian Google) Khairy Jamaluddin, ketika itu menteri belia dan sukan, antara individu terawal yang mencadangkan agar Malaysia menghentikan penganjuran F1. Carian Google memaparkan bahawa pada Oktober 2016 Khairy mengeluarkan kenyataan terbuka di Twitter (sekarang X) yang menyarankan kontrak penganjuran di Litar Antarabangsa Sepang ditamatkan. Antara alasan dan hujahnya: Kos terlalu tinggi, pulangan terhad (cited by Najib also), kejatuhan jualan tiket dan penonton televisyen (sedikit sebanyak senada dengan Najib) dan kehilangan kelebihan eksklusif atau novelty.

Sebaliknya Khairy berkata fokus kewangan dan sokongan kepada perlumbaan MotoGP “yang terbukti jauh lebih popular, sentiasa dipenuhi penonton tempatan serta menyaksikan penglibatan pelumba muda Malaysia”.

Saya setuju dengan pandangan itu kecuali MotoGP jauh lebih popular daripada F1. Ini tidak tepat. Dua-dua perlumbaan ada peminat tersendiri lantas dua-dua popular. Soal A lebih popular daripada B tidak timbul. Apa pun, alasan kos tinggi yang diberi Najib dan Khairy semasa menamatkan kontrak penganjuran F1 dulu saya akui. Memang kos tinggi dan boleh terus meningkat sekali gus memberi kesan kepada pentadbiran Najib.

Yang saya tidak faham mengapa (menurut Najib dan Khairy) jumlah penonton dan pelancong asing tidak seramai yang diharapkan lantas drop in ticket sales dan penonton televisyen. Pelik kerana setiap perlumbaan F1 di semua litar ia diadakan menyaksikan ia sentiasa mendpat sambutan penonton yang datang ke litar atau menonton perlumbaan di televisyen. Semua negara yang menganjurkan perlumbaan F1 tidak kehilangan pelancong.

Mengapa Malaysia tidak didatangi ramai pelancong lalu penjualan tiket merosot? Apakah kita tidak semeriah negara lain yang menganjurkan perlumbaan F1? Adakah mungkin Malaysia sendiri tidak kuat membuat promosi untuk Sepang?

Aspek novelty yang diketengahkan Khairy agak pelik. Menurut beliau Sepang hilang sinar dengan adanya litar di negara lain seperti Singapura, China, Bahrain dan Abu Dhabi. Khairy mengakui GP Singapura lebih bijak menarik pelancong dengan konsep perlumbaan malam di tengah kota (street race) yang disertakan dengan konsert antarabangsa. Sebaliknya Sepang kekal perlumbaan siang di bawah matahari terik dan kedudukan litar yang jauh dari bandar raya, katanya.

Ya memang Singapura bijak tetapi apa respon kita? Tutup kedai — hentikan perlumbaan F1 di Sepang. Perlu dinyatakan street races have their share of detractors. Saya tak cadang perincikan.

Mengenai perlumbaan di Sepang diadakan dalam cuaca panas, saya pernah baca laporan yang memetik beberapa pelumba terkemuka menyifatkan Sepang sebagai the hottest circuit in the F1 series. Namun elemen panas dicampur dengan bentuk litar membuatkan Sepang cabaran which they look forward to take on. Di Sepang it’s a test for both machine and driver.

Litar Sepang masih di lokasi sama — jauh daripada Kuala Lumpur. Semasa GP Bahrain diadakan tempoh hari, 100,000 penonton datang. Perlumbaan dianjurkan oleh Bahrain tetapi Malaysia mendapat economic spillover yang menguntungkan. Jadi untuk mengatakan kedudukan Sepang menyumbang kepada kurang penonton dan F1 kurang dapat sambutan di Malaysia boleh dipertikaikan.

Bukan tujuan penulisan ini mengungkit kisah lama cuma saya teringat laporan myMetro 1 Julai lalu mengenai pelanjutan kontrak penganjuran MotoGP di Sepang. Malaysia akan terus menjadi tuan rumah MotoGP dari 2027 hingga 2031 di Litar Antarabangsa Sepang. Semasa membuat pengumuman itu, CEO SIC berkata SIC tidak mahu ulangi kesilapan menamatkan kontrak F1 pada 2018.

Saya tutup penulisan ini dengan memetik perenggan akhir artikel Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia Helmy Haja Mydin yang disiar portal Scoop bertajuk ‘The Formula for F1’s return to Sepang‘. Kata beliau: “Sepang has shown it can still host the world. Whether we pay to do so every year is a question for the spreadsheet and it should be answered there first“.

Memang betul.

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.