InquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Oct. 1, 2026CNN TürkTrump’tan dizel ihracatına yasak sinyali: Benzin fiyatları artabilirThe Jerusalem PostRubio orders Iran UNGA delegation to leave United States following stalled negotiations - reportPunchNigeria @66: Tinubu admits economic hardship, pledges to defeat povertyRTP DesportoCristiano Ronaldo deixa a Seleção NacionalBollywood HungamaAlia Bhatt joins Rami Malek, Sachin Tendulkar and Simone Ashley for a star-studded Earthshot Prize 2026 night in MumbaiХабрТеплицы на автопилоте: свет, шторы и вентиляцияSözcüSchengen ülkesinden bu Türklere vize kolaylığı: Başvurdukları gibi alacaklarSCMP ChinaMaxwell smart: new Chinese embodied model tops global AI ranking on physical tasksDaily MaverickESCAPE: Bangkok, a fever dream in neon and sepia, feeds hungry soulsThe Hollywood ReporterNetflix Spain Adds Films and Docs Curated by Streamer FilminVarietyGarin Nugroho, Mishima Yukiko, Qiu Jiongjiong Titles Among 15 in Tokyo Film Festival Competition
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

BN Melaka tangguh rundingan kerjasama PRN ke tarikh sesuai

Translate

Barisan Nasional (BN) menangguhkan rundingan mengenai kerjasama bagi PRN Melaka ke tarikh lain, kata Pengerusi BN negeri Ab Rauf Yusoh.

Ketua menteri itu berkata BN terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang berminat, tetapi rundingan terpaksa ditangguhkan kerana mereka tidak dapat mencari tarikh sesuai yang dipersetujui.

BN dijangka memulakan rundingan minggu ini, namun Rauf berkata gabungan itu berkemungkinan besar akan bertemu bakal rakan kerjasama minggu depan, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata sebarang hasil rundingan tidak akan diputuskan secara bersendirian sebaliknya akan dibawa melalui saluran parti untuk penelitian dan pertimbangan sebelum keputusan rasmi dibuat.

“Penilaian itu akan mengambil kira saranan Presiden Umno Zahid Hamidi, termasuk meneliti sama ada sesuatu bentuk kerjasama itu lebih banyak membawa manfaat atau mudarat kepada parti,” katanya.

Jelasnya, beliau juga tidak menjurus kepada mana-mana gabungan untuk menjadi rakan strategik tetapi ia bergantung kepada penilaian dan kajian mendalam sebelum diputuskan MKT Umno.

BN masih belum memutuskan untuk menjalin kerjasama bagi PRN Melaka, walaupun Zahid pada mulanya berkata mereka akan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) selepas kerjasama mereka memperoleh majoriti dua pertiga dalam PRN Negeri Sembilan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.