The Jerusalem PostWhite House confirms Trump-Xi-Putin trilateral summit in China, Iran and nuclear arms on agendaPunchEx-Lagos civil servant found dead in UK homeZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioInquirer EntertainmentJohn Lloyd Cruz, son Elias share screen in new ad; Ellen Adarna expresses supportThe Straits TimesOver 600 personnel take part in multi-agency exercise at RTS Link Woodlands North stationCapital FMUS flights allowed to take off again as nationwide ground stop lifted but delays expectedBBC News BrasilEUA voltam a autorizar decolagens após horas de suspensão por problema em sistema de comunicação: o que se sabeسكاي نيوز عربيةبالفيديو.. إنقاذ العشرات بعد اصطدام ناقلة نفط بسفينة سياحيةDaily MailBody is found in marshland in search for missing bride-to-be, 29, two weeks after she vanished from her homeGlobo EsporteLuisa Stefani e Dabrowski avançam invictas à semifinal no WTA FinalsSeeking AlphaLoma Negra GAAP EPS of Arg$26.07, revenue of Arg$270.1BTagesschauFAA hebt Startverbot an US-Flughäfen wieder auf
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Perintah tahanan rumah tak boleh dicabar, kata peguam kanan

Translate

Syarat yang mengawal pelaksanaan tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh dicabar atau dipinda lagi, kata seorang peguam kanan dan pakar undang-undang.

Kitson Foong

Kitson Foong.

Peguam kanan Kitson Foong berkata keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tidak tertakluk pada semakan kehakiman.

Beliau menyifatkan sebarang usaha untuk mempersoalkan atau memohon pindaan terhadap syarat yang dikenakan bersama pengampunan bersyarat Najib sebagai ‘tidak boleh dipertahankan dari sudut perlembagaan’.

“Lembaga Pengampunan bukan tribunal atau badan pentadbiran biasa yang keputusannya boleh dirayu,” katanya kepada FMT. Kedudukan lembaga itu berasaskan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa fungsinya hanya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Ia tidak boleh dibicarakan di mahkamah dan tidak tertakluk pada semakan kehakiman. Ia sepenuhnya kebal daripada campur tangan kehakiman serta perbahasan awam,” katanya.

Foong berkata minit mesyuarat dan prosedur lembaga itu merupakan nasihat sulit kepada Yang di-Pertuan Agong. Pendedahan dokumen berkenaan atau tindakan mempersoalkan tatacara operasinya akan mendedahkan perbincangan tertutup yang dikemukakan kepada baginda.

Beliau berkata tindakan sedemikian berisiko menjejaskan prerogatif diraja dan mengheretnya ke dalam kontroversi awam, sedangkan kuasa itu sepatutnya dilindungi daripada perbahasan umum.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada 12 Nov lalu memberitahu Dewan Rakyat kerajaan menolak permohonan Najib untuk memasukkan sebuah lagi kediaman sebagai sebahagian daripada syarat tahanan rumahnya.

Beliau berkata kerajaan terikat dengan keputusan Lembaga Pengampunan yang menetapkan hanya satu kediaman boleh digunakan.

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

Pakar undang-undang Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dari Majlis Profesor Negara berkata orang awam tidak boleh mempersoalkan sesuatu perkara sekiranya mahkamah tidak boleh menyemak keputusan mengenainya.

“Walaupun Perkara 42 tidak memperincikan cara pengampunan perlu dilaksanakan, pada pandangan saya, Lembaga Pengampunan mempunyai kuasa untuk menjelaskan proses itu dengan terperinci, khususnya cara pengampunan tersebut perlu dilaksanakan.

“Apa-apa keputusan yang dibuat oleh lembaga itu tidak boleh disemak oleh mahkamah. Jika mahkamah tidak boleh menyemaknya, orang awam juga tidak boleh mempersoalkannya,” katanya.

Saifuddin turut memberitahu Dewan Rakyat terdapat empat kategori syarat yang dikenakan bersama pengampunan bersyarat Najib.

Syarat itu meliputi sekatan terhadap tempat tinggal dan pergaulan, pergerakan dan lawatan, penggunaan telefon dan peranti telekomunikasi, serta kewajipan menyertai program pemulihan dan intervensi.

Najib mula menjalani baki hukuman penjara enam tahunnya dalam kes SRC International menerusi tahanan rumah pada 10 Nov. Hukumannya dijadualkan berakhir pada 23 Ogos 2028.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.