Ahli MKT Umno mengaku tak salah 15 tuduhan rasuah lebih RM800,000

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Shaik Hussein Mydin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang, atas 15 pertuduhan rasuah berkait projek pembinaan asrama dengan suapan berjumlah lebih RM800,000.
Bagaimanapun, Shaik Hussein, 53, yang juga pengerusi sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang suapan secara rasuah berjumlah RM847,107.61.
Pihak pendakwaan memohon supaya jaminan ditetapkan RM1 juta, lapor Berita Harian.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.