InquirerLTFRB summons bus operator over fatal Manila crashESPN DeportesChivas manda mensaje rumbo al Clásico tras golear a PumasESPN😈 Bills' Houston-themed jabs top Week 1 trollsDaily MaverickSaudi Civil Defense lifts warnings of potential danger in four citiesThe Jerusalem PostTrump dismisses report China entities helped Iran before attack that killed US troopsThe Hollywood ReporterZack Snyder’s ‘The Last Photograph’: First ReactionsCNN TürkHava Durumu (14-09-2026)SözcüÇeşme veya Antalya değil: Türkiye'nin balayı rotası değiştiWirtualna PolskaSondażowa dominacja Le Pen. Liderka skrajnej prawicy mknie do II turyNew Straits TimesFederal govt allocates rm1.46 bln for eight flood mitigation projects in MelakaEl ComercioTemblor en México EN VIVO hoy, 13 de septiembre 2026: hora exacta, magnitud y dónde fue el epicentro del último sismo vía SSNRapplerLIVE UPDATES: First BARMM parliamentary elections
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 14, 2026

Zahid perlu berdepan realiti dalam Umno

Translate

Presiden Umno Zahid Hamidi yang masih berstatus dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), lantang mencabar Anwar Ibrahim supaya membubarkan Parlimen. Namun, persoalannya, adakah seluruh ahli Umno benar-benar berdiri teguh di belakangnya?

Berdasarkan pelbagai tinjauan, kerajaan Madani ketika ini dilihat menunjukkan prestasi baik. Justeru, tuntutan Zahid supaya Parlimen dibubarkan semata-mata untuk membuktikan kekuatan politiknya dilihat tidak perlu.

Hakikatnya, Barisan Nasional (BN) ketika ini hanya mempunyai 30 kerusi Parlimen. Jika Zahid begitu yakin dengan kekuatan politiknya, beliau hanya perlu menarik sokongan Ahli Parlimen BN.

Tidak perlu sampai kelihatan terdesak mendesak Parlimen dibubarkan semata-mata untuk membuktikan sesuatu yang belum pasti.

Pendirian berubah

Perkembangan dalam Umno sendiri turut mula menimbulkan persoalan apabila beberapa pemimpin utamanya dilihat lebih selesa meneruskan kerjasama rapat dengan kerajaan pimpinan Anwar.

Sebagai contoh, ketika Zahid yang juga timbalan perdana menteri menyampaikan ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani yang juga menteri pelaburan, perdagangan dan industri kekal bersama Anwar dalam lawatan kerja rasmi ke India.

Ia memberi isyarat halus, tetapi jelas mengenai bagaimana tugas dan tanggungjawab sepatutnya dipikul dengan penuh integriti, bukannya dijadikan sekadar bahan retorik politik.

Corak sama dapat dilihat melalui pendirian Wan Rosdy Wan Ismail di Pahang dan Saarani Mohamad di Perak yang secara konsisten melihat kerjasama Pakatan Harapan (PH)-BN sebagai pilihan utama mengekalkan kestabilan politik di negeri masing-masing.

Sikap matang pemimpin negeri yang memahami keperluan membezakan antara politik dengan kepentingan rakyat secara lebih luas itu, membawa kestabilan yang cukup diperlukan negara.

Selain itu, cabaran Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN) supaya membubarkan DUN turut memberi gambaran lebih jelas mengenai dinamika dalaman parti itu.

Kedudukan Zahid

Pendirian barisan kepimpinan tertinggi Umno dalam hubungan politik semasa dilihat tidak sepenuhnya sehaluan dengan pendekatan lebih agresif dibawa Zahid.

Ini menimbulkan persoalan lebih besar, sejauh mana kepimpinan dan akar umbi Umno sebenarnya bersetuju dengan pendekatan Zahid yang berulang kali menyerang kerajaan Madani?

Adakah kelantangan itu berpunca daripada rasa kecewa kerana Anwar enggan campur tangan dalam kes mahkamah Zahid yang tidak lama lagi akan diputuskan Mahkamah Persekutuan?

Dalam Umno sendiri, hala tuju parti semakin kelihatan kabur. Tidak jelas pemimpin mana yang benar-benar yakin serangan Zahid terhadap kerajaan adalah langkah yang tepat.

Ironinya, selepas perbahasan hangat mengkritik kerajaan Madani, segala retorik itu akhirnya menemui jalan buntu.

Resolusi yang diluluskan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno menetapkan bahawa parti itu akan kekal dalam kerajaan persekutuan.

Keretakan mula kelihatan

Resolusi itu boleh dianggap petunjuk paling jelas mengenai pendirian sebenar Umno terhadap kerajaan semasa.

Segala sorakan dan retorik politik di pentas perhimpunan tidak mengubah hakikat Umno memilih tidak menarik sokongannya terhadap kerajaan.

Pesanan buat Zahid: Adalah lebih baik beliau memastikan sokongan politik dalam partinya sendiri benar-benar kukuh, sebelum sibuk mencabar Anwar.

Keretakan mula kelihatan dan tanda-tanda penentangan daripada rakan politik dalam Umno sendiri tidak lagi boleh dipandang ringan.

Sebelum mempersoalkan dan mencabar ‘Guru’, pastikan terlebih dahulu anda mempunyai sokongan serta pengaruh politik yang mencukupi.

Jika tidak, bersedialah melihat ‘rakan sekelas’ dalam parti sendiri mencari jalan untuk menyingkirkan anda lebih awal.

Moaz Nair adalah pembaca FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.