PunchNigeria glorifies ill-gotten wealth, discourages creativity – ClericThe Jerusalem PostIDF opens haredi winter recruitment as coalition talks tackle conscription한겨레전북교사노조 “교육감 후보 비방 불송치, 선거운동 송치…근거 설명하라”InquirerUndas 2026: Valencia City braces for 20 tons of cemetery wasteInquirer EntertainmentJohn Arcilla seeks justice for pets dumped in Bulacan, probe into crematoriumsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioGIGAZINEサウナに30分入るだけで即座に血液中の白血球が増加して免疫反応が向上する可能性New Straits TimesCelcomDigi, KTPC seal 15-year deal to power Kulim Hi-Tech Park's digital expansionBBC News'Like a missile coming down' - Nine killed in fiery Florida jet crashESPNFollow live: Commanders' 39-yard field goal caps 13 unanswered points to take leadLenta.ruСтало известно о пожаре на угольном месторождении в ТувеDaily MailROBERT HARDMAN: Kemi is more in tune with Commonwealth thinking than our eager-to-please PM
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

9 maut pesawat terhempas di Florida

Translate

Sebuah pesawat yang membawa sembilan orang terhempas di sebuah kawasan perumahan di Florida pada Ahad, mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal, kata Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy, lapor Xinhua.

Duffy menerusi hantaran di platform X memaklumkan bahawa pesawat jenis Learjet 60 itu terhempas di kawasan kejiranan berhampiran Cresthaven, Florida pada 12.50 tengah hari waktu tempatan.

“Kesemua sembilan orang di dalam pesawat itu maut,” katanya sambil memaklumkan bahawa pesawat berkenaan berlepas dari Austin, Texas menuju ke Bahamas.

Duffy berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menghantar pasukan ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada terdapat individu di darat yang cedera dalam kejadian itu.

Menurut rakaman komunikasi radio kawalan trafik udara yang diperoleh LiveATC.net, juruterbang pesawat itu melaporkan pembentukan ais pada pesawat serta mengalami gelora udara beberapa minit sebelum nahas berlaku.

Tidak lama kemudian, pesawat berkenaan mengisytiharkan situasi kecemasan sebelum menjunam kira-kira 8.2 kilometer dalam tempoh seminit.

Media tempatan melaporkan bahawa ribut berlaku di beberapa kawasan ketika nahas, dengan pesawat itu melintasi kawasan ribut beberapa minit sebelum mula menjunam.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.