The Jerusalem PostConman posing as reservist with financial trouble who swindled dozens since start of war arrestedInquirerQuiapo Church unveils logo for Nazareno 2027ESPNSources: Eagles to keep retired Johnson on roster amid O-line changesPunchNDLEA rearrests 83-year-old grandmother with drugs in Abia한겨레소녀 28명 살았던 아동양육시설 ‘수풀원’…“폭행 일삼고, 16살에 가사도우미로 넘겨”UOLPolícia apura possível ataque a premiê e ministro na PolôniaSky TG24Sicurezza sul lavoro, Mattarella: "La tutela è nella Costituzione"Collider'Landman' Star's Fan-Favorite Horror Nightmare Officially Becomes a Must-Watch on HuluBillboardNFL London Game Halftime Show 2026: Here’s Where to Watch Perform Ayra Starr Live Online FreeZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudion-tv"Auf Seite des Mörders": Politikerinnen attestieren Trump "moralischen Bankrott"Observador DesportoPortugal anda a fazer acrobacias diplomáticas com Trump?
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

Sekolah di Melaka, Perak buka semula esok

Translate

Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula esok, tertakluk kepada pengesahan rasmi pihak berkuasa mengenai bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira perkembangan kualiti udara semasa serta keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru, dan warga sekolah.

“Pihak pentadbir institusi pendidikan diminta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kelancaran pengoperasian serta mematuhi arahan dan garis panduan semasa KPM dan pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya terus memantau tahap kesihatan anak-anak serta mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala berkaitan pencemaran udara.

Tambahnya, sebarang perubahan arahan pengoperasian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi.

Sebelum ini, semua sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan (KPM) di Melaka diarahkan tutup susulan peningkatan bacaan IPU di negeri itu yang melepasi 150.

Dalan pada itu, semua institusi pendidikan di bawah KPM di daerah Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar yang ditutup pada Jumaat lepas turut akan beroperasi seperti biasa esok, lapor Bernama.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata, bacaan IPU di semua stesen pemantauan di negeri itu menunjukkan bacaan terkawal, di bawah paras 150, setakat 2 petang.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Zulkafli Mohamed Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata, semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah memastikan makluman itu disampaikan kepada semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah pentadbiran masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.