The Jerusalem PostEast Jerusalem residents arrested after man allegedly hires arsonist to torch ex-fiancee's carCNN TürkSüper Lig'in en iyisi İrfan Can Kahveci olduInquirerRains to drench parts of PH on Oct. 11PunchPrioritise human development, curb poverty, PDP chieftain urges northern leadersESPNTakeaways: Guardians complete stunning comeback vs. White Sox한겨레10월12일 알림Daily MaverickCommunity policing must stay above party politics to protect democratic integrityInquirer EntertainmentErlinda Villalobos dies at 84ColliderPrime Video Officially Just Added Quentin Tarantino’s Favorite Indiana Jones MovieUOLComo paraísos turísticos em Alagoas viraram único reduto bolsonarista do NESky TG24Gp Indonesia a Mandalika, vince Bezzecchi davanti a Martinez e Martin: sesto Marc Marquez
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

Caruman Perkeso 40,000 petugas agama tidak guna wang pendeposit TH, kata menteri

Translate

Tiada wang simpanan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) digunakan bagi membiayai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 40,000 petugas masjid dan guru takmir di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata peruntukan bagi caruman itu 100% daripada peruntukan khas kerajaan yang disalurkan melalui mekanisme TH yang bertindak sebagai pengurus pelaksanaan.

“Segala dakwaan atau andaian yang menyatakan wujud penggunaan wang simpanan jemaah haji adalah sama sekali tidak benar dan berunsur spekulatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata langkah kerajaan menanggung sepenuhnya caruman itu sebagai pengiktirafan terhadap khidmat bakti petugas agama selain memastikan kebajikan, perlindungan sosial dan kesejahteraan mereka terus terpelihara.

Kumpulan penerima manfaat itu merangkumi imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir yang berkhidmat dalam komuniti Islam di seluruh negara.

Zulkifli berkata kerajaan kekal komited memastikan pengurusan amanah TH dilaksanakan secara berintegriti dan tadbir urus korporat yang telus berteraskan prinsip Syariah.

Beliau berkata usaha memartabatkan kebajikan petugas masjid dan guru takmir akan diteruskan tanpa kompromi bagi memastikan institusi agama dan pembangunan ummah di Malaysia terus terpelihara.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.