PunchJAMB will now handle all HND admissions in polytechnics — NBTECNN Türk13 EYLÜL YAYIN AKIŞI: Bugün televizyonda hangi diziler, filmler, programlar var?The Jerusalem PostIDF warns of rising West Bank tensions despite low terror levels, pushes for preventive operationsInquirerMaguindanao Sur officials turn over loose guns yielded by constituentsESPNTransfer rumors, news: Liverpool look at Inter's Stankovicוואלהדיווחים ברשתות האיראניות: כלי שיט נפגע מירי בסמוך לאי קשםSouth China Morning PostBangladesh draws closer to China in ‘political chessboard’ to balance India tiesCollider‘Landman’ Star Billy Bob Thornton’s Twisted Crime Thriller Is Officially Streaming for FreeCumhuriyetMeksika’da kartellerin yeni yöntemi: Gizli kripto para çiftlikleriRappler[Tech Thoughts] The Jurassic Parkification of AI chatbotsThe Hollywood Reporter‘Look Back’ Breakouts Furi Nanase and Rokka Okada on Growing Up on a Hirokazu Koreeda SetHipertextualLa nueva IA de IBM y la NASA es de código abierto y promete revolucionar la exploración lunar
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 13, 2026

Rundingan damai Asia Barat perlu iktiraf ‘pencerobohan awal’ AS, Israel, kata Anwar

Translate

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata terdapat negara yang enggan mengiktiraf punca tercetusnya konflik Asia Barat membabitkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

Tegasnya, mengutuk serangan oleh Iran tidak bercanggah usaha mengenal pasti tindakan awal yang menyebabkan konflik itu berlaku.

Dalam wawancara bersama NDTV di luar Sidang Kemuncak BRICS di New Delhi, India, beliau menggesa pertempuran dihentikan, tetapi menegaskan sebarang perbincangan ke arah itu perlu bermula dengan pengiktirafan terhadap “pencerobohan awal” oleh Washington dan Tel Aviv.

“Konflik terkini yang dikatakan membabitkan Iran berpunca daripada pencerobohan awal AS, dan sudah tentu pada mulanya dilakukan Israel.

“Banyak negara enggan menerima mengakui fakta sebenar. Fakta itu ialah hentikan pencerobohan berterusan,” katanya sambil menegaskan konflik Asia Barat memerlukan penyelesaian damai.

Ditanya sama ada Iran dan AS mengambil “pendirian ekstrem” yang boleh menyukarkan penyelesaian itu, Anwar berkata: “Hentikan keganasan. Maksud saya, keganasan yang dilakukan AS, Israel atau Iran. Saya sokong langkah itu.”

Perbincangan dengan pemimpin dunia

Anwar membincangkan pelbagai isu, termasuk perkembangan geopolitik global dengan beberapa pemimpin dunia yang menghadiri Sidang Kemuncak BRICS.

Antara pemimpin ditemuinya pada majlis makan malam malam tadi ialah Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev dan Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan Jamshid Kuchkarov.

Beliau turut menemui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, António Guterres dan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia, Ngozi Okonjo-Iweala.

“Bicara kami menyentuh perkembangan geopolitik dunia, khususnya konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, keadaan itu menuntut kesatuan masyarakat dan pimpinan dunia untuk menghentikan pertumpahan darah serta mengusahakan penyelesaian adil dan berkekalan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.