PunchTrump hails Russia deal to release diesel as midterms loomThe Jerusalem PostThe West Bank revolution: How Bezalel Smotrich changed Israel's map for the better - opinionBollywood HungamaAjay Devgn begins shooting for Chauhaan in Kargil; returns to Ladakh 23 years after LOC: KargilInquirerRecto orders faster public spending, early procurement for super El NiñoESPN Deportes¡En vivo! La lluvia provoca que se demore la arrancada de la carrera sprintESPNTransfer rumors, news: Man United youngster Gabriel has Bayern Munich talksZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkSavaş, ABD'deki sandığa kilitlendi: Trump ve İran neden ara seçimleri bekliyor?UOLApucarana terá sábado chuvoso com máxima de 25°C, prevê SimeparColliderJust 1 Week Later, Tom Cruise’s Ambitious New Movie Is Officially Getting the IMAX BootSRF NewsNach dem Hitzesommer – Skifahren auf schwindendem Eis: Wie lange noch?Antara NewsGov't to build three egg, meat processing plants: Minister
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

Jalaluddin nafi dakwaan kemuka usul tidak percaya MB N Sembilan

Translate

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias menafikan dakwaan beliau akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Ismail Lasim pada sidang DUN akan datang.

Jalaluddin yang juga Adun Pertang memberitahu FMT, tiada sebarang perbincangan mengenainya pernah diadakan.

“Sama sekali tidak betul. Tiada sebarang aturan mahupun perbincangan untuk buat usul undi tidak percaya terhadap menteri besar,” katanya menambah, beliau tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

Jalaluddin menegaskan, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan ketika ini berjalan lancar tanpa sebarang krisis kepimpinan.

“Setakat ini, kita tidak ada masalah kepimpinan di Negeri Sembilan dengan menteri besar. Biar (Ismail) buat kerja beliau sebagai menteri besar, dan saya sebagai ketua parti akan buat kerja sebagai ketua parti.

“Kita banyak lagi perancangan dan agenda untuk kepentingan negeri serta masyarakat yang perlu kita selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan memetik sumber bahawa Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tidak percaya terhadap Ismail.

Menurut sumber yang enggan dinamakan itu, usul itu akan dikemukakan oleh Jalaluddin sendiri, namun tertakluk pada kepimpinan pusat Umno.

Sumber itu dilaporkan berkata, barisan baharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) juga mungkin diumumkan sekiranya langkah itu diteruskan.

Sidang DUN dijadualkan berlangsung pada 26 Nov selepas ditangguhkan daripada 16 Okt bagi menyelaraskannya dengan pembentangan belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya.

Speaker DUN Awaludin Said sebelum ini memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi mengenai usul tidak percaya terhadap Ismail, menegaskan beliau tidak akan membenarkan usul tergempar sekali pun untuk menjatuhkan menteri besar.

Ismail mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar pada 2 Ogos susulan PRN yang menyaksikan Barisan Nasional meraih 18 kerusi, Pakatan Harapan 11, manakala Perikatan Nasional memenangi tujuh kerusi.

Pentadbiran beliau bagaimanapun dibayangi krisis perlembagaan berhubung cubaan melucutkan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.