ESPNMessi marks tearful Argentina farewell with goal: Wish I could play foreverInquirerPNP seizes P37.1M in smuggled cigarettes in MimaropaThe Jerusalem Post'The picture of manpower': IDF reports defense accomplishments three years into warPunchUS Army to execute Texas military base shooter by firing squadCNN Türk7 EKİM HAVA DURUMU TAHMİNLERİ: İl il hava durumu listesi! Meteoroloji'den toz taşınımı ve sağanak yağış uyarısı!RTP DesportoCarlos Padrão desdramatiza tensão entre Jesus e RonaldoBollywood HungamaKriti Sanon recalls GIVA ad controversy on the Kareena Kapoor Khan show: “My choli had become like a six-person panel discussion on prime-time news”ESPN DeportesCon qué poquito Chile humilló lo poquito de México한겨레[단독] 윤석열 정부 ‘공사비 연동형’ 매입임대, 세금 1천억 까먹었다VanguardPenCom commits $250m infrastructure investmentZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFХабрБизнес-логика жила в базе 27 лет: как мы вынимали ее из Oracle, не останавливая дилерскую сеть
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

Lihat aspek lain selain pengawal, CCTV demi keselamatan sekolah, kerajaan diberitahu

Translate

Kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 menggesa kerajaan melihat aspek keselamatan sekolah melangkaui pengawal keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV) dan prosedur tatatertib.

Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata walaupun langkah itu perlu namun ia tidak menangani punca utama keganasan yang dilakukan pelajar.

“Kita mesti memahami punca asasnya. Anak-anak kita membesar dalam persekitaran yang semakin penuh tekanan,” katanya.

“Kanak-kanak juga lebih mudah terdedah kepada keganasan dalam talian, menerusi hiburan dan media sosial.”

Kumpulan itu mengulas beberapa insiden keganasan di sekolah yang mengakibatkan kematian pelajar, termasuk Irene Sofiya Khairoul Faisal, pelajar Tingkatan 4 yang dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam mendedahkan sebanyak 5,681 kes buli dilaporkan di sekolah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan tambahan RM15 juta tahun depan bagi pemasangan kamera CCTV di 1,000 sekolah sebagai sebahagian usaha meningkatkan keselamatan pelajar.

Bagaimanapun, G25 melahirkan kebimbangan terhadap pendekatan yang disifatkannya sebagai reaktif terhadap krisis, ‘dengan mengumumkan satu lagi langkah dan kajian, sebelum beralih kepada isu lain sehingga berlaku tragedi seterusnya’.

“Itu tidak memadai apabila kita berdepan dengan soal keselamatan dan nyawa kanak-kanak,” katanya.

Kumpulan itu menggesa kajian bebas dan menyeluruh mengenai keselamatan sekolah serta kesejahteraan pelajar dengan melibatkan pihak berkepentingan dan pakar, bukannya kajian berasingan selepas setiap tragedi yang dianalisis secara “terasing”.

Katanya, kajian itu perlu meneliti aspek keselamatan fizikal, pengawasan asrama, liputan CCTV, buli dan prosedur tatatertib, sokongan kesihatan mental serta keberkesanan dasar sedia ada, antara lain.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.