ESPN DeportesValkyries remontan 16 puntos y avanzan a semifinales de la WNBAESPNWNBA semifinals are set: How the Valkyries beat the Wings to advanceInquirerVolcanic quakes raise eruption risk at KanlaonZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldWhat we know about the crash into the Newcastle Knights crowdMalay MailHow did he get back in the cockpit? Flydubai co-pilot accused of mid-air attack was previously banned in OmanHet Laatste NieuwsNog enkele zonnige en zachte dagen, eind volgende week wordt het frisserSportstarPranavi Urs registers historic first-ever women’s golf gold in Asian Games, India bags silver in team eventDaily MailUFO whistleblower claims two alien species are at war above America leaving Joe Rogan stunnedScreen RantStar Trek Officially Confirms Captain Archer's Return October 20 In FluxxThe Jerusalem PostCornell University's response to student rape allegations to be reviewed by New York A-G - reportLenta.ruРоссиян предупредили о мошенниках с фейковым приложением для поиска по картинке
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

443 penerbangan di Portugal dibatal akibat mogok kru kabin easyJet

Translate

Mogok lima hari oleh kru kabin easyJet di Portugal yang bermula Jumaat menyebabkan 443 penerbangan dibatalkan di pangkalan syarikat penerbangan itu di Lisbon, Porto dan Faro, lapor Xinhua.

Pembatalan itu mewakili kira-kira 80% daripada operasi yang dijadualkan di pangkalan berkenaan sepanjang tempoh mogok, menurut Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Penerbangan Awam (SNPVAC).

Pegawai kesatuan, Ana Dias, berkata penerbangan tambahan yang masih dalam jadual mungkin turut terjejas, walaupun sebahagiannya mungkin dikendalikan pesawat dan kru yang dibawa masuk dari pangkalan lain di Eropah.

Syarikat penerbangan itu menjangkakan hanya mampu mengendalikan kira-kira 55% daripada penerbangan yang dijadualkan sepanjang tempoh mogok.

Ia termasuk perkhidmatan minimum, yang merangkumi kira-kira 22% daripada operasi berasaskan Portugal, serta penerbangan yang dikendalikan kru dari pangkalan lain di Eropah.

Syarikat penerbangan itu berkata, aturan berkenaan “mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkuat kuasa.

Bagaimanapun, SNPVAC menyifatkan amalan itu tidak sah dan pihaknya mungkin memohon keputusan mahkamah berhubung perkara itu.

Kesatuan itu mendakwa kru Perancis tiba di Porto pada Khamis untuk mengendalikan penerbangan bagi menggantikan pekerja yang menyertai mogok.

Mogok yang berlangsung sehingga Selasa itu diadakan susulan beberapa pertikaian, termasuk kestabilan jadual kerja, kenaikan gaji berdasarkan kekananan serta syarat sedang dirundingkan bagi perjanjian perusahaan baharu.

Mogok kedua oleh kru kabin easyJet dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 23 Dis ini.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.