Bersatu tak jadi letak calon di Gadek

Bersatu tidak meletakkan calon di Gadek walaupun sebelum ini umum bertanding di kawasan itu pada PRN Melaka.
Kerusi tersebut menyaksikan saingan empat penjuru melibatkan S Nadarajah daripada Barisan Nasional (BN), Jegasilan K (Pakatan Harapan), B Laveen (Bersama), dan Laila Norinda Maon (Putra).
Pada Khamis, Bersatu mengumumkan Zamri Abu Bakar sebagai calonnya bagi kerusi berkenaan.
Gadek merupakan kerusi campuran dengan pengundi Melayu merangkumi 60%, diikuti pengundi Cina (20%) dan India (17%).
Kawasan DUN tersebut secara tradisinya dikuasai BN sejak ia dibentuk pada 2004, walaupun PH pernah merampas kerusi itu pada PRU 2018.
BN berjaya merampas semula Gadek pada PRN November 2021 menerusi VP Shanmugam daripada MIC, yang menang majoriti 559 undi dalam saingan enam penjuru.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.