PunchObi: I’ll spend holidays in Zamfara, Borno if electedESPN Deportes¿Por qué se celebra el Gran Premio de Bahréin de F1 en Malasia?InquirerTrillanes off witness list in VP trial, cites ‘pressure’ on teamESPNBrowns best Steelers on TNF to take lead in AFC NorthNumeramaVous pouvez « détruire » n’importe quel site web grâce à ce petit bonhommeDaily MaverickEritrea severs diplomatic ties with Ethiopia after Addis Ababa orders closure of embassy in AsmaraSeeking AlphaUS trade deal with India not ‘imminent’ despite ‘constructive’ Modi-Trump call, says USTR Greer한겨레한국 테니스 12년 만의 금메달 도전 무산…남지성-박의성, 남자 복식 ‘은’CNN TürkALTIN FİYATLARI 2 EKİM 2026 CANLI: Bugün Gram, Çeyrek, Cumhuriyet Ne Kadar? Kapalıçarşı Altın Fiyatları Ne Durumda?SözcüAKP’li isimden eski SPK başkanına sert sözler: "Bunu bir güzel döveceksin"Daily MailGrieving Gypsy-Rose Blanchard speaks out after ex fiance's sudden death as she claims he was 'relentlessly cyberbullied' before passing and makes vow to their daughterCNN بالعربيةسوريا ترد على تدوينة عن إجراء محادثات مباشرة مع حزب الله في تركيا
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 2, 2026

Gaji minimum GLC RM3,100 tak boleh jadi penanda aras, kata majikan

Translate

Syarikat korporat besar seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak patut dijadikan penanda aras menentukan kadar gaji minimum, menurut kumpulan majikan dan perniagaan.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menegaskan, perniagaan kecil berada pada tahap berbeza, sekali gus menyukarkan mereka membayar gaji lebih tinggi.

Penasihat Kanan MEF, Syed Hussain Syed Husman, berkata GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berada pada kedudukan amat berbeza dari segi kebolehuntungan, produktiviti, dan keupayaan menyerap kos gaji.

“Persekitaran operasi dan model perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat berbeza daripada GLC dan GLIC,” katanya kepada FMT.

Syed Hussain Syed Husman

Syed Hussain Syed Husman.

Bagaimanapun, beliau berkata, data Jabatan Perangkaan menunjukkan gaji bulanan penengah pekerja sektor formal telah mencapai RM3,027, jauh melebihi gaji minimum RM1,700 ditetapkan undang-undang.

Beliau menekankan, langkah menaikkan gaji minimum RM1,700 kepada RM3,100 akan mewakili peningkatan 82.4% dalam kos gaji.

Katanya, perkara itu juga boleh memacu kenaikan pembayaran kerja lebih masa, caruman berkanun serta gaji bagi peringkat tangga gaji yang lebih tinggi.

Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru kerajaan menetapkan kadar gaji minimum RM3,100 sebulan dalam Belanjawan 2027, yang akan dibentangkan untuk perbahasan Dewan Rakyat, pada 9 Okt.

Kerajaan telah menetapkan penanda aras RM3,100 sebagai gaji kehidupan wajar bagi pekerja GLC dan GLIC.

Anggaran kos sara hidup oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Universiti Malaya, menunjukkan pendapatan bulanan RM3,100 akan membolehkan sesebuah keluarga mengambil bahagian bermakna dalam masyarakat, mengejar kepentingan peribadi, dan menyokong pembangunan keluarga tanpa berdepan tekanan kewangan.

Tahun lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memberitahu Parlimen 34 GLC dan GLIC sudah melaksanakan dasar gaji kehidupan wajar RM3,100.

Presiden FMM, Jacob Lee, berkata pekerja patut dibayar lebih apabila syarikat merekodkan prestasi baik, namun keuntungan beberapa syarikat besar tidak mencerminkan situasi dihadapi kebanyakan perniagaan.

Jacob Lee

Jacob Lee.

Beliau berkata, peningkatan besar dalam gaji minimum juga akan memacu kenaikan gaji pekerja lebih berpengalaman, memandangkan syarikat perlu mengekalkan jurang jelas antara kakitangan junior dan senior.

“Keuntungan sebilangan kecil korporat yang sangat berjaya tidak boleh dianggap mewakili komuniti perniagaan secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan.

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) bersetuju pekerja patut mendapat pendapatan lebih tinggi, namun gaji minimum RM3,100 disifatkan terlalu tinggi untuk kebanyakan perniagaan kecil.

william ng

William Ng.

Presiden, William Ng, berkata peningkatan itu akan memaksa sesetengah syarikat menghentikan pengambilan pekerja baharu, memberhentikan pekerja atau gulung tikar.

Katanya, syarikat kecil tidak boleh dibandingkan dengan syarikat besar yang menjana keuntungan berbilion ringgit.

“Banyak PKS sudah pun bergelut dengan kos elektrik, pengangkutan, dan bahan mentah lebih tinggi. Kenaikan gaji sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat dan mesti ada sokongan kerajaan yang lebih besar,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.