The Jerusalem PostUK must expect AI-powered attack on critical infrastructure within two years, report saysInquirerWestern Visayas schools suspend classes due to 43°C heat index한겨레‘조작기소 특검법’ 4일 법사위 처리 전망…국힘 “공소취소 위한 발톱”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostChinese delivery driver divorces American teacher he married 4 months after love confessionColliderGodzilla Officially Returns to Theaters in One WeekThe ConversationDemocrats likely to gain control of Congress in US midterm elections as Senate lead expandsCBC NewsThe National | Trump’s final pitch to voters ahead of midterms경향신문경찰, ‘상위 1% 조건만남’ 미끼로 약 18억 뜯어낸 태국 피싱조직 24명 국제공조로 검거DeadlineJeremy Renner & Josh Brolin Set For Orlando von Einsiedel’s ‘A Speck In The Sea’; 193 Launching Sales At AFMMalay MailHome Ministry: Putrajaya open to RCI on ‘corporate mafia’ claims if solid grounds establishedNew Straits TimesOil rises after report of US strike on Iran's Qeshm Island
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

Salam terakhir Anaqy buat ‘Gong Gong’

Translate

Anaqy yang baru berusia tiga tahun berdiri di hadapan sebuah keranda, mengintai melalui panel kaca dan memandang wajah lelaki yang dikenalinya sebagai ‘Gong Gong’ atau datuk.

“Gong Gong dah tidur,” katanya.

Bagi Anaqy, lelaki yang disayanginya itu sekadar sedang lena. Dia belum mengerti bahawa ‘Gong Gong’ tidak akan bangun lagi.

“Dia tidak tahu datuk yang disayanginya itu bukan sekadar tidur, tetapi sudah pergi buat selama-lamanya,” kata bapanya, Azly Ahmad, 40.

Lelaki di dalam keranda itu ialah Dr Wong Kar Lin, 73, sahabat dan bekas rakan sekerja Azly yang memainkan peranan istimewa dalam kehidupan keluarganya.

Wong membantu Azly dan isterinya, Eliana Abdullah, 38, mendapatkan zuriat selepas pasangan itu menanti hampir sedekad.

Wong meninggal dunia selepas rumahnya di Paya Terubong dilanda tanah runtuh pada 25 Okt.

Azly, seorang pegawai keselamatan dan kesihatan di sebuah syarikat semikonduktor, mengenali Wong lebih 15 tahun lalu sebagai rakan sekerja sebelum hubungan mereka menjadi semakin rapat.

Wong, doktor kesihatan pekerjaan di syarikat berkenaan dan disifatkan Azly sebagai seorang pakar yang tidak lokek berkongsi ilmu.

Azly Ahmad Dr Wong Kar Lin

Azly Ahmad bersama mendiang Dr Wong Kar Lin, rakan dalam bidang kesihatan pekerjaan yang akhirnya menjadi lebih daripada sekadar sahabat.

“Dia sentiasa bersedia mengajar saya dan sangat merendah diri walaupun sebenarnya sudah menjadi ‘sifu’ dalam bidangnya,” katanya kepada FMT.

Namun, hanya pada 2021 Azly mengetahui Wong turut membantu pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Sebelum itu, Azly dan Eliana, seorang pengurus sumber manusia, tidak pernah mendapatkan rawatan kesuburan.

Mereka akhirnya meminta bantuan Wong, yang mencadangkan satu kaedah kesuburan untuk dicuba.

Setahun kemudian, penantian panjang mereka berakhir apabila Eliana disahkan hamil.

Wong menjadi orang pertama di luar keluarga kecil itu yang menerima berita gembira berkenaan.

Azly berkata beliau mendapat tahu mengenai kematian Wong dan sukar menerima kehilangan itu.

Dua hari kemudian, ketika menghadiri upacara penghormatan terakhir Wong di Cathedral of the Holy Spirit, Azly turut mengetahui sesuatu yang selama ini tidak pernah diceritakan sahabatnya.

Balu Wong, Chang Mei Nuo, sendiri tidak pernah mengetahui suaminya pernah membantu Azly dan Eliana mendapatkan anak.

Bagi Azly, kebaikan Wong membuktikan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang untuk seseorang bersahabat, menyayangi dan membantu insan lain.

Beliau berharap apabila Anaqy dewasa kelak, anaknya akan memahami jasa ‘Gong Gong’ kepada keluarga mereka dan meneruskan nilai yang ditinggalkannya.

“Anaqy patut mewarisi keikhlasan, kasih sayang dan kemurahan hati Gong Gong.

“Bukan sekadar menjadi doktor yang hebat, tetapi menjadi seseorang yang mampu memberi harapan kepada orang lain, membantu mereka sembuh dan meninggalkan sesuatu yang baik dalam hidup mereka.”

Membantu tanpa mengharapkan pujian

Sifat pemurah Wong turut dikenang sahabat lamanya, Dr Lek-Lim Chan, seorang tenaga pengajar di Kuching dalam kaedah kesuburan yang membantu wanita mengenal pasti waktu subur mereka.

Chan berkata Wong membantu ramai pasangan yang menghadapi kesukaran mendapatkan zuriat dan sering tidak mengenakan bayaran, kecuali bagi ujian darah.

Walaupun pernah menjadi gurunya suatu ketika dahulu, Wong tidak pernah malu meminta pandangan atau bantuan Chan apabila diperlukan.

“Beliau seorang doktor yang sangat merendah diri,” katanya.

Menurutnya, Wong mendapat kepuasan besar apabila dapat membantu pasangan memperoleh zuriat sehingga terus melakukannya walaupun sudah berusia 70-an.

Wong juga secara senyap membantu warga emas di rumah jagaan dan tidak pernah menjadikan kebaikannya kepada orang lain sebagai bahan untuk dibanggakan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.