ESPN DeportesBarça: "Julián Álvarez es el pasado", dice DecoPunchItori plant drives Dangote Cement’s export expansionESPNFollow live: Penix finds Hooper for TD as Falcons extend lead over PackersThe Jerusalem PostPezeshkian says he met with Khamenei face to face, supreme leader healthy, giving direction한겨레‘억대 수익’ 탈세 유튜버 17명, 지난해 239억 추징당했다InquirerFrom Araneta to Baguio: Blessed Fulton Sheen’s ties to PHUOLParticipante do 1º pleito com voto feminino no Brasil, eleitora de 100 anos tende a votar em LulaSözcüAllah’a emanet yaşıyoruzG1Veja o que fizeram os candidatos ao governo do AM nesta quinta-feira (24)ABC News (Australia)Thousands of Queensland child safety workers to walk off the jobSportstarAsian Games 2026 Live Updates, Day 7: India confirms mixed doubles medals in table tennis and squash; Suruchi-Kamaljeet qualify for 10m air pistol mixed team final; badminton scoresLa NaciónTrabajaba con su tractor, detectó algo que brillaba en la tierra y lo que encontró le cambió la vida para siempre
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 25, 2026

Sekatan eksport REE boleh bantu Malaysia naik rantaian nilai, kata pakar

Translate

Sekatan eksport unsur nadir bumi (REE) mentah boleh membantu Malaysia bergerak ke industri bernilai lebih tinggi, tetapi keupayaan memproses dan menghasilkan produk hiliran perlu dibangunkan serentak, kata pakar.

Idzat Idris dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sekatan itu boleh menggalakkan lebih banyak pemprosesan dan pembuatan dalam negara, berbanding mengeksport bahan mentah pada nilai lebih rendah.

Katanya, Malaysia berpeluang meraih nilai lebih tinggi menerusi proses pengasingan dan penulenan, pengeluaran REE berkualiti tinggi, aloi, magnet berprestasi tinggi serta bahan termaju.

“Ini boleh memberi manfaat kepada industri seperti kenderaan elektrik, motor berkecekapan tinggi, turbin angin, elektronik, robotik, aeroangkasa, pertahanan dan peralatan perubatan,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Idzat memberi amaran sekatan eksport tanpa teknologi dan kapasiti pemprosesan tempatan yang mencukupi boleh membawa kesan sebaliknya.

Antaranya lambakan stok, harga lebih rendah kepada pelombong, eksport haram atau kebergantungan kepada satu penyedia teknologi atau pembeli asing.

Kerajaan mengenakan moratorium eksport REE mentah bukan radioaktif mulai 1 Jan 2024 bagi menggalakkan pembangunan pemprosesan pertengahan dan industri hiliran dalam negara.

Pakar ekonomi alam sekitar, Norlida Hanim Salleh, berkata langkah itu boleh membantu Malaysia mengelakkan pengalaman industri mineral lain, khususnya timah yang sebahagian besar nilai tambahnya terhasil selepas bahan mentah meninggalkan negara.

Malaysia pernah menjadi pengeluar dan pengeksport timah terbesar dunia, namun industri itu lebih tertumpu kepada perlombongan dan eksport berbanding membangunkan industri hiliran bernilai lebih tinggi.

“Apabila pemain industri dengan teknologi dan kepakaran berbeza bergabung di bawah satu konsortium nasional, pembangunan boleh menjadi lebih tersusun dan berfokus, selain memudahkan kerajaan menyalurkan sokongan,” katanya.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) kini bekerjasama dengan penyelidik dan pemain industri untuk membangunkan teknologi REE tempatan serta mengkomersialkan hasil penyelidikan.

Antara keutamaan penyelidikan ialah proses pengasingan termaju, kitar semula magnet dan kaedah pengekstrakan lebih hijau menerusi inisiatif seperti Dana Penyelidikan Strategik dan program Moonshot REE.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, sebelum ini menegaskan pentingnya kerjasama lebih rapat antara kerajaan, penyelidik dan industri bagi membangunkan sektor itu.

Pada seminar XThREE November tahun lalu, Chang berkata persaingan global mendapatkan mineral kritikal bukan sekadar soal keuntungan ekonomi, sebaliknya turut berkait dengan daya tahan strategik dan kedaulatan teknologi.

Sehubungan itu, kementerian menubuhkan kemudahan seperti Terra Mineral Lab bagi menganalisis dan mengesahkan kandungan mineral serta loji perintis Malaco Mining untuk proses pengasingan REE.

Ia turut mengenal pasti National Advanced Materials Consortium bagi mempercepat pembangunan dan pengkomersialan teknologi REE tempatan serta melatih tenaga kerja berkemahiran.

Sementara itu, perunding industri, Teoh Lay Hock, berkata sekatan eksport REE mentah boleh menjejaskan pelaburan sektor huluan jika tiada pembeli tempatan untuk karbonat nadir bumi yang dihasilkan.

Beliau mencadangkan eksport terhad dibenarkan sementara kapasiti pemprosesan tempatan dibangunkan, sebelum dikurangkan secara berperingkat apabila permintaan domestik meningkat.

Penyertaan asing masih perlu

Norlida berkata, Malaysia belum mempunyai keupayaan untuk membangunkan keseluruhan rantaian nilai REE secara bersendirian dan masih memerlukan pelaburan serta kepakaran negara lebih maju dari segi teknologi.

Katanya, kerjasama asing perlu distrukturkan dengan syarat pemindahan teknologi yang boleh diukur serta penyertaan tempatan.

“Pemilikan asing dan tempatan perlu diseimbangkan, dengan rakyat Malaysia diwakili dalam peranan pentadbiran dan teknikal.

“Pemindahan teknologi mesti boleh diukur dan mempunyai tempoh yang jelas, selain insentif kepada syarikat berjaya melaksanakannya,” katanya.

Penguatkuasaan kunci perlombongan REE mampan

Idzat berkata, keperluan penilaian impak alam sekitar dan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan REE bukan radioaktif sudah menyediakan asas yang munasabah.

Namun, katanya, keberkesanannya bergantung kepada pelaksanaan yang betul, pemantauan bebas dan penguatkuasaan tegas.

Beliau menggesa penyelarasan lebih kukuh antara kerajaan persekutuan dan negeri, kepakaran teknikal mencukupi dalam kalangan pengawal selia serta akses awam lebih luas kepada data pemantauan.

Katanya, projek REE juga perlu dipantau rapi kerana aktiviti perlombongan dan pemprosesan boleh menggerakkan atau meningkatkan kepekatan bahan radioaktif semula jadi seperti torium.

“Pemantauan perlu meliputi air bawah tanah, air permukaan, tanah, mendapan dan tahap radiasi, termasuk komuniti berhampiran dan di kawasan hiliran.

“Had keselamatan yang jelas serta prosedur menghentikan operasi perlu ditetapkan jika berlaku peningkatan luar biasa torium, bahan cemar lain atau tahap radiasi.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.