InquirerBill allowing homes generate power filed to address high electric ratesPunch‘Tinubu risked political future to return from exile’한겨레중국 우주정거장, 외국인에게 첫 개방ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF경향신문‘기꺼이 불편해지기’를 택한 사람들… “실패도 실천이다” [플랫]El ComercioMiss Universo 2026 EN VIVO: Miss Perú, Luren Márquez, clasifica al Top 30The Sydney Morning HeraldOfficial trailer for The IncomerDaily MailHalle Berry details 'deteriorating' relationship with 'defiant' son Maceo, 13, after ex Olivier Martinez was awarded primary custody in bitter court caseVilaWebJunts s’acomiada de Girona amb un míting en un vestíbul: “Què farà en Puigdemont?”中国新闻网《习近平关于尊重和保障人权论述摘编》学术研讨会在越南河内举行New Straits TimesShein agrees to US$100mil settlement with US consumer watchdogColliderThe Biggest Original Movie of 2026 Officially Passes Major Streaming Milestone
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

Kerajaan ambil tindakan tegas terhadap rakyat mudahkan warga asing lakukan kesalahan

Translate

Kerajaan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap rakyat Malaysia yang menjadi ‘enabler’ atau bolehkan warga asing melakukan kesalahan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid berkata ini termasuk tindakan tegas terhadap individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen, tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan, serta terhadap pemilik tanah atau premis yang membenarkan aktiviti tersebut.

Zahid menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar), yang bertanyakan menyatakan pendirian rasmi kerajaan bagi membanteras kemasukan pelarian ke negara ini.

Syed Saddiq juga bertanya apakah tindakan yang patut diambil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi proses seterusnya selepas peringkat transit selesai.

Zahid berkata pemegang kad UNHCR akan ditempatkan di negara ketiga selaras dengan hasrat kerajaan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai negara yang mengutamakan kepentingan hak asasi manusia selepas peringkat transit selesai.

“Bagaimanapun, penempatan ini bergantung sepenuhnya kepada negara penerima yang menetapkan syarat dan jumlah pemegang kad UNHCR yang akan diterima pada satu-satu masa,” katanya.

UNHCR menghentikan pendaftaran dan dokumentasi pelarian di Malaysia susulan keputusan Putrajaya untuk mewujudkan sistem sendiri bagi mengurus pencari suaka.

Agensi PBB itu berkata pihaknya menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dan terus terlibat dalam pelaksanaan pelan hala tuju peralihan bagi memastikan perlindungan berterusan kepada pelarian.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.