Daily MaverickAustralian PM says attacker’s car made U-turn before critically injuring lawmakerESPN49ers hold off furious Commanders' second-half rally to go 6-0ESPN DeportesRays y Brewers jugarán Serie Mundial de equipos sin títuloThe Jerusalem PostMacklemore’s ‘Free Palestine’ tour will benefit group that called Oct. 7 a ‘prison break’ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLRicardo Henriques, um dos arquitetos do Bolsa Família, defende programa social: "Resultados são exemplares"Antara NewsInvestment hits Rp1,539.2 trillion through SeptemberSRF NewsEröffnung Pilatus Tower – Wer hier oben wohnen will, braucht sehr viel GeldNew Straits TimesKelantan police: Refugee activists must understand the lawLenta.ruДебют Кайли Дженнер на показе Victoria’s Secret вызвал критику в адрес брендаEl ComercioLos expertos en psicología coinciden: quienes recogen la basura que no es suya presentan responsabilidad afectivaSportstarAsian Para Games 2026: Manish Narwal wins silver in P1 10m air pistol SH1
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 20, 2026

Rusuhan di Paris, polis kuat kuasa perintah berkurung 2 kawasan

Translate

Polis Paris pada Isnin mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam di dua kawasan di ibu negara Perancis susulan rusuhan terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Rusuhan terbabit menyasarkan bangunan dewan perbandaran, kemudahan awam lain serta ribuan premis perniagaan di seluruh negara, lapor Associated Press (AP).

Menurut kenyataan polis Paris, arahan itu bertujuan melindungi orang awam dan harta benda daripada keganasan serta kegiatan rompakan.

Perintah berkurung itu melarang orang ramai memasuki atau berada di Place de la République, lokasi berlakunya rusuhan pada Sabtu, serta kawasan beli-belah Les Halles yang menjadi sasaran kegiatan rompakan.

Perintah berkenaan dikuat kuasa mulai 11 malam Isnin hingga 6 pagi Selasa, manakala sebarang perhimpunan dan demonstrasi turut dilarang bermula 8 malam, menurut polis Paris.

Terdahulu pada Isnin, Perdana Menteri Sébastien Lecornu menggesa pelaksanaan perintah berkurung secara sangat terhad dan hanya di kawasan tertentu.

Di utara Perancis, pihak berkuasa tempatan turut mengenakan perintah berkurung terhadap kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun di beberapa bandar, termasuk Lille, bermula Isnin selama dua hari dari 8 malam hingga 6 pagi.

Nice, sebuah bandar di Riviera Perancis turut melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam terhadap golongan bawah umur bermula 9 malam.

Lecornu mempertahankan tindakan polis dalam menangani kekacauan itu dengan menyifatkan ketiadaan korban nyawa sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Walaupun berlaku keganasan dan kerosakan harta benda yang meluas, tiada seorang pun terbunuh dan itu satu keajaiban,” katanya.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai perintah berkurung akan diumumkan kemudian pada Isnin selepas rundingan dengan datuk bandar

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.